Pada hari Khamis, 31 Oktober 2013 telah dilangsungkan Majlis Graduasi di sekolah kami, SMK Telok Kerang. Tugas menghias pentas dan dewan telah diamanahkan kepada Cikgu Hasan b Kasmuri. Seramai 5 orang pelajar Tingkatan 5 Landskap membantu Cikgu Hasan b Kasmuri untuk mendesign dan menata hias pentas utama dan dewan untuk majlis tersebut. Beberapa elemen yang dikehendaki telah kami sediakan terlebih dulu. Sehari sebelum majlis, kami dah siapkan penataan pentas. Inilah sentuhan kami di bawah sifu kami Cikgu Hasan b Kasmuri.
Friday, November 1, 2013
Friday, October 25, 2013
RELAKS SANTAI DENGAN GUBAHAN ORKID DI TAMAN MINI
Adakah anda sedang mencari idea nak masukkan orkid sebagai sebahagian pembentukan taman mini? Tak usah pening-pening kepala, nah.... di sini kami ada jawapannya. Idea ini kami ambil daripada Floria Putrajaya yang lepas. Bukan calang-calang perekanya. Diorang didatangkan khas dari luar negara. Sama-sama kita berkongsi idea.
Tuesday, October 22, 2013
CANTIKNYA BUNGA MATAHARI DI HALAMAN RUMAH CIKGU HASAN KASMURI
Semasa ke rumah Cikgu Hasan Kasmuri iaitu guru Landskap kami pada Aidiladha yang lepas, kami tertarik dengan bunga matahari yang beliau tanam di halaman rumah. Bunganya yang besar dan berwarna kuning menjadikan halaman bertambah berseri dan hidup. Tahniah Cikgu Hasan.
Pokok bunga matahari (Helianthus annuus) ialah sejenis pokok semusim dalam famili Asteraceae yang berasal dari benua Amerika. Batang pokok bunga ini boleh tumbuh setinggi 3 meter, dan bunganya pula boleh mencapai diameter 30 cm bergantung kepada keadaan iklim tempat penanamannya. Bunga matahari mendapat namanya kerana ciri bunganya yang akan sentiasa berpaling mengikut arah matahari.
Ia merupakan sejenis tumbuhan yang mudah di tanam. Medium tanamannya berupa tanah yang neutral atau sedikit alkali. Jika tanah asid, kapur perlu ditabur sebelum bunga matahari ditanam. Seperimana namanya ia memerlukan cahaya matahari yang penuh. Ia merupakan tumbuhan semusim yang mempunyai kitar hidup yang pendek. Sesetengah jenis hanya mampu bertahan selama 60 hari sahaja. Pembiakannya dilakukan melalui biji benih yang didapati daripada bahagian tengah bunganya.
Bunga matahari ditanam secara komersial untuk biji dan minyak yang diekstrak daripada bijinya. Ia ditanam diladang secara besar-besaran di negara-negara seperti Rusia (pengeluar minyak bunga matahari terbesar di dunia, Argentina(kedua) dan Amerika Syarikat (ketiga).

Subscribe to:
Posts (Atom)