Kerja-kerja menaik taraf dan membuat penyenggaraan Laman Bestari telah 90% siap. Kerjasama penuh tenaga antara guru-guru, pembantu guru dan pelajar-pelajar MPV Landskap telah dapat menjelmakan sebuah taman yang terus segar sepanjang masa. Kewujudan taman hijau di antara Blog D dan Blog E memberi suasana nyaman dan memberi keseimbangan di antara tumbuhan dan dua bangunan batu. Beberapa elemen taman telah ditambah baik. Diharap taman ini dapat memberi satu suasana hijau redup yang kondusif untuk digunakan dan dihayati oleh warga SMK Telok Kerang.
Tuesday, July 28, 2015
Thursday, July 23, 2015
MENAIK TARAF LAMAN BESTARI SMK TELOK KERANG
Kini kerja-kerja menaik taraf Laman Bestari SMK Telok Kerang sedang giat dijalankan. Taman yang telah dibina lima tahun yang lalu perlu disenggara dan dinaik taraf agar taman itu terus segar sepanjang masa. Di antara kerja-kerja yang dilakukan ialah:
- Menanam tanaman hiasan yang baru.
- Mengganti tanaman hiasan yang telah mati.
- Memasu semua tannaman hiasan.
- Mengecat pergola.
- Membersihkan kolam hiasan.
- Mengolah semula tanda nama taman.
- Membuat benteng di tepi longkang.
- Menambah meja dan kerusi simen ferro.
- Menambah bangku kayu taman.
- Mdengecat gazebo.
- Memangkas dahan dan ranting tanaman hiasan sedia ada.
- Mengolah semula siar kaki.
Semua kerja-kerja menaik taraf dilakukan oleh pelajar-pelajar Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 Landskap yang dibantu oleh pekerja pembersihan sekolah. Manakala Cikgu Hasan Kasmuri, Cikgu Nordin Ehsan dan Abang Roslee Md. Khair melakukan kerja-kerja pengurusan, merancang, rekabentuk dan membimbing pelajar-pelajar.
Terima kasih semua.
Friday, July 17, 2015
Monday, July 6, 2015
MODUL / KURSUS / LAPORAN
Berikut adalah mudul kursus yang pernah dikendalikan oleh guru-guru MPV Landskap sekolah ini. Biasanya kursus adalah untuk memberi pendedahan, pengetahuan dan mempelajari teknik dan kemahiran mengenai sesuatu perkara.
Semasa melalui
proses-proses tersebut, anda akan diberikan tip-tip rahsia dan
teknik-teknik berkesan untuk memudahkan kerja anda disamping
meningkatkan kualiti kerja dan hasil cendawan. •Akhir sekali anda akan
dibekalkan dengan handout, CD tanaman cendawan, info pembekal dan juga
sijil penyertaan. Copy the BEST Traders and Make Money (One Click) :
http://ow.ly/KNICZ Copy the BEST Traders and Make Money (One Click) :
http://ow.ly/KNICZ
Copy the BEST Traders and Make Money (One Click) : http://ow.ly/KNICZ
Copy the BEST Traders and Make Money (One Click) : http://ow.ly/KNICZ
Copy the BEST Traders and Make Money (One Click) : http://ow.ly/KNICZ
Semasa melalui
proses-proses tersebut, anda akan diberikan tip-tip rahsia dan
teknik-teknik berkesan untuk memudahkan kerja anda disamping
meningkatkan kualiti kerja dan hasil cendawan. •Akhir sekali anda akan
dibekalkan dengan handout, CD tanaman cendawan, info pembekal dan juga
sijil penyertaan. Copy the BEST Traders and Make Money (One Click) :
http://ow.ly/KNICZ Copy the BEST Traders and Make Money (One Click) :
http://ow.ly/KNICZ
Copy the BEST Traders and Make Money (One Click) : http://ow.ly/KNICZ
Copy the BEST Traders and Make Money (One Click) : http://ow.ly/KNICZ
Copy the BEST Traders and Make Money (One Click) : http://ow.ly/KNICZ
Sila klik klu nak tahu...
1. KURSUS MEMBINA LANDSKAP
2. MODUL KURSUS SIMEN FERRO
3. MODUL PERANCANGAN LANDSKAP SMKTK
4. LAPORAN PROJEK PENGHIJAUAN KAWASAN SMKTK
5. LAPORAN PROJEK TAMAN SAINS SMKTK
6. LAPORAN PROJEK TAMAN SUMUR GEMERCIK SMKTK
7. LAPORAN PROJEK TAMAN BESTARI
8. LAPORAN PROJEK TAMAN AIR TERJUN
9. LAPORAN PROJEK MEMBINA BANGKU SIMEN FERRO
10. LAPORAN LAWATAN KE CAMERON HIGHLAND
11. LAPORAN BENGKEL LANDSKAP
12. LAPORAN PEMBINAAN LANDSKAP PERUNTUKAN JLNJ
13. LAPORAN MELUKIS MURAL DINDING BERTEMA ALAM
14. LAPORAN PROJEK FERTIGASI ROCKMELON
Wednesday, July 1, 2015
ELEMEN TAMAN
Keindahan sebuah taman atau landskap yang tidak hanya bergantung
kepada elemen pokok dan tanaman hijau sahaja. Malah banyak faktor lain
yang turut menyumbang kepada pelengkap seni hiasan di taman dan
landskap. Batu dan kayu, misalnya merupakan elemen semulajadi yang wujud
sejak dahulu dan tidak dinafikan ia berperanan besar dalam kehidupan.
Kini penggunaan elemen batu dan kayu semakin meluas dan menjadi elemen
hiasan penyeri taman serta landskap.
TUMBUHAN
TUMBUHAN
Pokok hiasan yang kita tanam berupaya
untuk menyerikan sesuatu kediaman atau sesebuah bangunan itu. Di negara
kita contohnya, kita boleh dapati setiap rumah mempunyai pokok hiasan
walaupun hanya terdiri dari sejenis tumbuhan sahaja.
Kepentingan dan keperluan kepada
tanaman hiasan dewasa ini telah menyebabkan ramai pengusaha telah
mencuba untuk mengkormesialkan tumbuhan hiasan ini. Untuk terus
menikmati dan menghargai kehidupan, manusia memerlukan santapan rohani
contohnya kehijauan, ketenangan dan kedamaian untuk mendorong manusia
terus produktif dan ceria.
Itulah jawapan mengapa pokok-pokok
diperlukan untuk menghiasi halaman rumah, pinggir jalan, kawasan awam,
kompleks membeli belah, ruang legar hotel dan pejabat, taman rekreasi
serta perkarangan bangunan. Warna hijau pokok-pokok yang ditanam untuk
menghiasi laman dan dalaman rumah, bangunan komersial dan kawasan awam
dapat melahirkan suasana tenang dan damai. Pokok hiasan juga memainkan peranan
penting sebagai penyaman udara di kawasan terbuka kerana pokok-pokok
berfungsi sebagai penyerap debu atau jerebu dan menukar udara yang
mengandungi karbon dioksida kepada oksigen. Kita sebagai individu atau
masyarakat mampu melakukan sesuatu demi menjaga kawasan persekitaran
yang lebih hijau bersih dan selesa demi masa depan yang lebih mencabar.
BATU
Penggunaan elemen
batu misalnya, menjadi pelengkap kepada pelbagai konsep taman Samaada
berkonsep Jepun atau Zen, Bali, tropika moden dan juga kontemporari.
Batu memainkan peranan penting dalam menyerikan sesebuah taman disamping
membuatkan konsep sesebuah taman tampak lebih semulajadi. Selain
berupaya menjadikan taman kelihatan cantik,batu juga adalah bahan
semulajadi yang tahan lama, kuat serta senang diselenggarakan.
Elemen
ini amat memberikan efek yang menarik dalam pelbagai fungsi taman atau
landskap bagi menjadikan hiasan itu nampak bersahaja dan ia juga susunan
bagi membina kolam atau air terjun.
Oleh itu penggunaan batu amat
relevan jika disatukan bersama desiran air yang mengalir lembut dalam
suasana tumbuhan yang menghijau dan berwarna–warni. Ini menjadikan
suasana taman atau landskap menjadi amat tenang dan damai serta
menyegarkan sesiapa sahaja yang mendekati.Malah elemen air ini dapat
menyederhanakan suhu sekitar. Mengikut sumber, bunyi desiran air dapat
menenangkan minda bagi sesiapa yang mendengar dan udara yang dihirup
mempunyai banyak kandungan air yang mengandungi nutrient dari batuan dan
amat baik untuk penggunaan otak manusia.
Elemen batu bukan
sahaja didapati dalam bentuk semulajadi, tetapi ianya boleh ditempah
mengikut kesukaan pengguna atau yang sudah tersiap sedia. Sebagai contoh
tanamera, wall cladding stone yang menghiasi dinding luaran bangunan.
Antara kegemaran penghias landskap taman adalah water feature pond yang
didatangi dalam satu set dan berfungsi sebagai kolam air pancut. Ianya
mempunyai dekorasi ukiran bunga pada batuan yang mengalirkan air pancut
bagi menambah seri kolam tersebut.Penghias taman juga boleh menanam
pokok-pokok hijau bagi mengindahkan water feature pond tersebut.
Bagi
negara Malaysia yang beriklim khatulistiwa, amat sesuai jika landskap
dihiasi dengan water feature pond ini kerana landskap ini dapat
menjadikan suhu sederhana ditambah pula dengan pokok–pokok yang segar
menghijau menjadikan penghias taman mempunyai ruang yang selesa untuk
berteduh.
Bak kata pepatah kerana nila setitik, rosak susu
sebelanga. Oleh itu susunatur batuan juga amat dititikberatkan. Jika
tidak disusun secara teratur, taman akan kelihatan seakan tidak
realistik dan membuatkan suasana menjadi tidak menarik. Langkah yang
dapat diambil untuk mengatasi masalah itu ialah dengan membina sebuah
rekabentuk dinding hiasan taman atau garden feature wall. Ia didatangi
dalam pelbagai bentuk dan saiz. Kebiasaannya garden feature wall ini
ditempatkan di sudut–sudut taman yang strategik agar ia menjadi titik
tumpu(focal point) sekaligus dapat menutup kecacatan terhadap taman
tersebut. Kebanyakan penghias tanam membina feature wall dalam rekabentuk
kontemporari dimana idea ini amat mudah dibentuk dan amat praktikal
bagi suasana tropika.
Kombinasi taman dihiasi rumput dengan deretan batu hiasan menarik
membuatkan taman tampak hebat. Malah, penggunaan batu hiasan
mengurangkan keadaan tidak selesa ketika hujan lebat. Masyarakat di
bandar semakin gemar menggunakan batu sebagai hiasan kerana ia mudah
diselenggara.
Kehadiran batu hiasan menguji daya kreativiti anda mencorak konsep
taman. Terdapat pelbagai jenis batu hiasan sesuai dijadikan pilihan
menutup kelemahan tanah bergantung kepada elemen tertentu termasuk saiz,
permukaan dan warna. Ia termasuk jenis batu sungai semula jadi, buatan
simenferro atau batu yang berasal dari gunung berapi yang boleh
digunakan untuk taman.
PASU
Indah nama kerana
tuannya, indah pokok kerana pasunya. Tidak lengkap jika hanya menanam
pokok didalam pasu yang biasa dan tidak bermotif. Tidak salah sekiranya
penghias taman mengorak langkah kepada taman yang lebih bergaya menerusi
pemilihan pasu yang beraneka bentuk. Antara pasu yang digemari penghias
taman adalah dari jenis Square Pot, Round Pot dan Pasu Air.
Square
pot
adalah pasu yang mempunyai bukaan mulut berbentuk segi empat, segi empat
sama atau segi empat tepat. Ia di datangi dalam pelbagai warna dan
saiz. Pemilihan warna yang tepat akan membuatkan taman kelihatan cantik
dan menarik. Oleh itu jika pemilihan pasu yang tidak berwarna,
gunakanlah
pokok berbunga bagi menambah seri dan kontra terhadap pasu tersebut.
Rekaannya adalah menepati citarasa moden kontemporari dan clean cut.
Kemasannya boleh didatangi dalam sentuhan rustic, berkilat dan bercat
manakala materialnya adalah dari campuran tanah liat dan terracotta. Tip
penjagaan bagi penggemar Square Pot ini ialah ia amat berguna bagi
tanaman yang mempunyai akar berserabut kerana ia mampu menampung
kandungan tanah yang lebih.Ia juga memberi ruang untuk pertumbuhan
tanaman yang sukar dikawal.
Amat bersesuaian jika digabungkan
pasu yang berbentuk bulat atau round pot pada taman anda kerana ia akan
menampakan suatu dekorasi yang berkonsepkan organik. Ia adalah satu
langkah penyelesaian yang mudah bagi penghias taman yang buntu apabila
membuat pilihan. Round pot mempunyai bukaan mulut yang bulat dan mudah
untuk diselenggara. Perkembangan akar juga dapat dibentuk dengan baik dan
pengaliran air dalam tanah akan lancar. Di datangi dalam pelbagai saiz
dan warna. Jika inginkan keceriaan pada taman, pilihlah pasu yang
berwarna terang dan digabungi dengan gubahan bunga segar dalam keadaan
merimbun. Pasti memukau sesiapa yang melihat.
Antara tip-tip bagi
penjagaan bunga untuk pasu bulat ini ialah lakukan penyiraman dengan
lebih kerap kerana pasu ini mempunyai material polos yang cepat meresap
air terutamanya pada waktu panas. Semakin Besar pasu semakin besar saiz
tanaman. Oleh itu gunakanlah pasu yang kecil jika ingin mengawal
pertumbuhannya.
KAYU
Jika
dibandingkan dengan elemen batuan, elemen kayu amat sinonim dengan
tumbuhan landskap kerana kayu juga adalah sebahagian daripada tumbuhan.
Oleh itu tidak hidup suatu tanam tanpa kehadiran elemen kayu. Bagi
penggemar seni pula, kayu mempunyai aspek kesenian yang amat tinggi
samaada dari rupa bentuknya atau urat-urat pada bahagian
permukaannya. Semakin usang kayu tersebut, semakin unik hiasan
tersebut.
Ada sesetengah peminat sanggup membeli kayu usang yang telah
diawet dengan harga ribuan ringgit hanya untuk kepuasan mata memandang
dan jika disatukan dengan hiasan tanam, ia akan memberikan suatu suasana
yang memukau mata si pemandang dan akan menjadi buah bicara.
Pada
masa kini, penggunaan elemen kayu amat popular dikalangan pencinta taman
kerana ia amat mudah dipasang dan mempunyai kualiti yang tahan
lama. Sebagai contoh penggunaan kayu cengal yang semakin digilai penghias
taman. Antara produk kayu cengal yang semakin popular ialah meja taman,
lampu taman, lampu siling, bidai, pergola dan lain-lain lagi.
Bagi
penghias taman yang mempunyai kolam, penggunaan pelantar konkrit boleh
ditukarkan kepada pelantar kayu. Ia lebih fleksibel dan unik serta
memberikan kelainan pada kolam anda. Pemilihan jenis-jenis kayu mestilah
menepati supaya masalah pelantar kayu yang kurang menarik dapat
dielakkan. Aplikasi pelantar kayu atau dek bukanlah suatu elemen baru
bagi menghias kolam malah material dan dominasi struktur dek dapat
memberi mood natural dan semulajadi kepada pengguna serta kekuatan dek
itu sendiri yang tahan lama. Fungsi pelantar kayu atau dek ini adalah
bertujuan untuk menutup ruang yang kurang menarik atau longkang yang
boleh mencacatkan pemandangan pada kolam atau taman.
Tentu ada
dikalangan penghias taman kurang percaya tentang pembinaan dek
ini, tetapi di sini terdapat beberapa aspek pemilihan yang dapat dikongsi
supaya penghias taman dapat membuat pilihan serta mempunyai sebuah dek
yang diidam-idamkan. Pembinaan dek yang baik dapat bertahan selama 20
tahun, oleh itu terdapat tiga kriteria utama yang menentukan kualiti dan
kesempurnaan sesebuah dek.
Antara kriteria tersebut adalah memilih gred
atau kualiti kayu yang terbaik, mengenal pasti sistem pemasangan yang
betul serta memilih spesis kayu yang betul untuk digunakan. Dalam
pembinaan pelantar kayu, penggunaan kayu lembut memonopoli penggunaan
kayu keras kerana harganya lebih murah dan mudah diselenggara. Namun
begitu penggunaan kayu keras masih menjadi pilihan kerana faktor warna
yang begitu menarik serta tahan lama. Kayu keras juga mempunyai
ketumpatan yang tinggi dan tahan lasak berbanding kayu lembut.
Apa
yang dapat disimpulkan disini ialah, penggunaan elemen semulajadi
seperti batu dan kayu bukanlah suatu perkara baru dalam dunia
landskap. Penggunaan elemen ini telah berevolusi dari semasa ke semasa
supaya penghias taman mendapat kepuasan yang maksima apabila menghias
taman mereka. Elemen ini juga mudah didapati dan mempunyai pelbagai saiz,
corak dan warna yang menarik.
AIR
Kehadiran kolam atau
pancuran ini sebenarnya menghidupkan lagi penyerlahan taman yang dibina.
Deruan atau percikan aliran air yang berterusan bagaikan muzik latar
yang membantu memberikan ketenangan minda. Minda yang tenang pastinya
akan dapat membantu melorongkan individu tersebut untuk membuat
keputusan yang lebih tepat, adil dan bermakna.
Begitulah
peri pentingnya elemen air di dalam aktiviti landskap atau senihias
taman. Memilikinya bukan sekadar untuk memberikan nilai estatik tetapi
menyumbang secara sampingan di dalam mengimbangi mood dan pemikiran
mereka yang menghayatinya. Taman Air boleh terdiri daripada pelbagai
bentuk dan rekaan. Bergantung kepada keperluan dan fungsinya,
taman-taman air selalunya mengundang minat penguna taman untuk
menghampirinya terutama dari kalangan kanak-kanak.
Air yang
mengalir adalah ciri utama yang menjadi tarikan dalam gambaran
syurga di dalam al-Quran. Ia memberi gambaran keindahan dan kedamaian.
Air adalah salah satu sumber alam semulajadi yang penting dalam
kehidupan manusia. Air juga sering dikaitkan dengan sifat yang nyaman
dan menyejukkan.
Oleh itu, elemen air yang ada di dalam taman mempunyai dua fungsi
iaitu sebagai hiasan dan sumber air bagi tanaman di dalam taman.
Pancuran air dalam taman Islam selalunya berpunca daripada sumber air
semula jadi seperti sungai atau mata air. Ini boleh dilihat dengan
jelas dalam rekaan taman di bawah pemerintahan empayar Mughal di India,
Safavid di Iran, Mamluk di Syria dan Umaiyah di Sepanyol.
Sumber semulajadi seperti mata air penting kerana ia lebih efektif
dalam bekalan air berbanding kolam buatan terutamanya sewaktu musim
kemarau. Bekalan air daripada sumber semulajadi ini kemudiannya disalurkan di
seluruh taman dengan rekaan kolam air yang dilengkapi pancuran air.
Kolam
pancuran sering menjadi titik fokus dalam rekaan taman Islam.
Ia diletakkan di bahagian tengah taman yang dilihat sebagai pembahagi
keseluruhan susun atur taman. Terdapat beberapa rekaan asas pancuran air
yang sering digunakan
iaitu rekaan kolam air yang besar bagi taman diraja yang luas dan kolam
pancuran yang kecil bagi taman di dalam kediaman dan istana. Bagi kolam
dan pancuran air di dalam tempat kediaman seperti di istana ia dapat
menyejukkan suasana di dalam kediaman tersebut. Sewaktu zaman
pemerintahan Kerajaan Mughal di India, salah seorang
maharajanya iaitu Jahangir telah membina beberapa taman diraja di dalam
empayarnya.
Subscribe to:
Posts (Atom)