Assalamu'alaikum dan salam sejahtera..........Selamat datang ke blog Mekarharum, Mata Pelajaran Vokasional Landskap dan Nurseri, SMK Telok Kerang, Pontian, Johor..........Indahkan kawasan tempat kediaman kita dengan landskap yang cantik dan menarik

Sunday, June 26, 2011

MAWAR OH MAWAR...







Bunga mawar ataupun bunga ros adalah salah satu tumbuhan berbunga dalam kumpulan Angiosperm. Bunga mawar mempunyai keharuman yang lembut, lemah dan tidak sekuat bunga tempatan yang lain. Ini mungkin disebabkan bunga mawar tidak banyak mempunyai persaingan. Pokok bunga mawar merupakan sejenis tumbuhan berbunga perennial berduri yang sering di tanam sebagai pokok hiasan. Sememangnya mawar adalah berduri... mawar berduri. 

Ada pelbagai jenis bunga mawar di dunia namun, ia dikategorikan dalam tiga jenis utama iaitu bunga mawar liar, bunga mawar taman tradisi dan bunga mawar taman moden. Setiap warna bunga mawar membawa makna atau lambang yang berbeza.


Saiz bunga mawar di Malaysia dan di Eropah tidak sama kerana perbezaan cuaca. Saiznya lebih besar di negara beriklim sejuk. Jika kita pergi ke Cameron Highlands bunga mawar di sana saiznya besar-besar belaka berbanding bunga mawar di tanah rendah. Bunga mawar mempunyai pelbagai warna. Di antara warna-warnanya ialah biru, hijau lembut, merah, kuning, oren, ungu dan hitam. Di Malaysia, mawar yang biasanya dijumpai berwarna merah jambu lembut. Bunga mawar yang berwarna merah, kuning dan putih menjadi pilihan ramai. Pokok mawar boleh dikacukkan dan menghasilkan warna yang pelbagai seperti ungu merah jambu, merah kuning dan mawar kuning jingga.


Setiap bunga mawar mempunyai perbezaan baik warna, susunan bunga, ukuran bunga, tinggi tanaman, dan jumlah durinya. Dilihat dari segi warna, ada putih, putih kuning, kuning pink, oren dan merah. Adapun susunan bunga mulai dari satu lapis, seperti Leda dan Ellen Wilmott, dan berlapis tiga seperti Fisrt Edition dan yang 10 lapis seperti; MMG George Bruant, Dark Lady, dan Molyneux.

Bunga mawar spesies Molyneux dan Pierre de Runsard terkenal dengan keanggunannya iaitu cantik, menarik dan eksklusif. Bunganya kuning berbaur merah jambu berukuran 7 cm. Mempunyai 30 helai tersusun melingkar dan tersusun kemas. Tingginya hanya 1 m tetapi kuntum bunganya banyak. Ia mempunyai aroma yang lembut.


Mawar disukai ramai dan selalu menjadi penyeri laman. Selain baunya yang harum, mawar menjadi pilihan kerana sering diterjemahkan sebagai lambang kasih sayang. Dalam kebudayaan barat bunga mawar melambangkan bunga cinta. Di zaman dahulu di Eropah, bunga mawar menjadi bunga penting untuk taman larangan istana.


Berikut adalah makna yang tersirat (lambang) selaras dengan warna bunga mawar yang dihulurkan (..... hanya sebagai bahan bacaan dan renungan, tak payahlah nak diikut .......):
  •  Mawar Merah - "Aku cinta padamu".
  • Mawar Merah Jambu Tua - "Terima kasih sayangku".
  • Mawar Merah Jambu - "Aku gembira dengan perhubungan kita".
  • Mawar Merah Jambu Muda - "Aku simpati kepadamu".
  • Mawar Putih - "Cintaku padamu cinta yang tulus" / "Salam perpisahan".
  • Mawar Kuning - "Aku gembira dengan hubungan cinta kita".
  • Mawar Ungu - "Aku jatuh cinta dan terpesona padamu".
  • Mawar Oren - "Aku ingin berkenalan dengan lebih dekat padamu".
  • Mawar Biru - "Sayangku kita boleh mencapai sesuatu yang mustahil".
  • Mawar Putih Bercampur Mawar Merah - "Kita adalah berlainan namun kita boleh bersatu".
  • Mawar Ungu Bercampur Mawar Oren – "Aku cinta padamu dan ingin mengenalimu dengan lebih mendalam".
  • 11 kuntum bunga mawar sewarna bercampur dengan satu bunga mawar yang berwarna kontra – "Sayangku kau adalah berlainan dan unik sebab itu aku menyintaimu".

Lagu Bunga Mawar
(The Mercys)

Oh bunga mawar kau idaman hati
Yangku puja-puja selalu

Ingin hatiku oh memetik dikau
Tapi apa daya tak sampai

Oh bunga yang rupawan
Rindu hati siang dan malam
Hasratku ingin berdua selamanya

Ke mana ku mengadu
Bulan bintang pun tak tahu
Cintaku hanyalah satu kekasihku

Tuesday, June 14, 2011

AHLI-AHLI PERSATUAN LANDSKAP MENGUSAHAKAN PROJEK FERTIGASI TANAMAN BUAH ROCKMELON

Minggu ini tanaman buah rockmelon secara fertigasi dah masuk minggu kedua. Projek Fertigasi SMKTK ini adalah dibawah kendalian sepenuhnya oleh ahli-ahli Persatuan Landskap sebagai salah satu pengisian aktiviti persatuan. 

Minggu ini, pelajar-pelajar membuat kerja-kerja seperti menyulam, mengikat tali lanjaran, melilit pokok rockmelon pada tali lanjaran, mencantas sulur-sulur yang tidak dikehendaki dan memperbaiki rumah pelindung hujan (RPH). Cikgu Hasan b Kasmuri juga menerangkan dan menunjuk cara sistem pengairan titisan baja fertigasi kepada kumpulan ahli-ahli persatuan ini.

Foto-foto ini menunjukkan ahli-ahli Persatuan Landskap SMKTK bekerjasama
di kebun fertigasi bagi memastikan pokok-pokokk buah rockmelon tumbuh sihat dan sempurna.