Assalamu'alaikum dan salam sejahtera..........Selamat datang ke blog Mekarharum, Mata Pelajaran Vokasional Landskap dan Nurseri, SMK Telok Kerang, Pontian, Johor..........Indahkan kawasan tempat kediaman kita dengan landskap yang cantik dan menarik

Monday, November 2, 2015

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN SPM

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN SPM kepada semua calon SPM 2015, khususnya kepada calon-calon SPM SMK Telok Kerang termasuk tujuh belas calon yang mengambil mata pelajaran MPV Landskap. Semoga semua calon dapat menjawab soalan dengan baik dan seterusnya mendapat keputusan yang cemerlang.

SELAMAT MAJU JAYA.

Thursday, October 15, 2015

RUMPUT HALAMAN


Mempunyai halaman rumah yang cantik dengan lanskap yang menarik pastinya menjadi impian hampir setiap tuan rumah.  Selalunya sebahagian dari impian tersebut termasuk lah kawasan berumput yang cantik seperti permaidani di hadapan atau di keliling rumah. Alangkah indahnya meluangkan masa di waktu petang atau hujung minggu bersantai di padang rumput dalam halaman sendiri. Malangnya bayangan anak-anak berlari berkejar-kejaran di atas rumput kadang-kadang berselang seli dengan bayangan kerja-kerja berat menjaga kawasan rumput tersebut seperti memotong, membuang rumput liar, membaja (dengan tahi ayam?) dan sebagainya. 

Adalah digalakkan penanaman rumput hiasan sebagai sebahagian besar dari pelan lanskap rumah kita.  Kekadang kontraktor yang menjual bahan lanskap kepada kita akan menggalakkan kita untuk menanam pokok hiasan daripada rumput. Mungkin kerana ia lebih mudah atau keuntungan yang lebih? 

Lima  Sebab Kenapa Kita Patut Tanam Rumput Hiasan Di Halaman Rumah
  1.  Halaman rumah kita akan membantu mengindahkan kejiranan kita. Bukan sekadar mengindahkan rumah kita, tetapi jika kawasan kita besar dan jiran kita bekerjasama, seluruh kawasan kejiranan kita akan menerima manafaat keindahan halaman rumput rumah kita. 
  2. Tempat rehat dan bersantai untuk keluarga dan tetamu. Bayangkan: kita duduk di buaian, membaca akhbar sambil di temani isteri (atau suami) dan anak-anak bermain di atas rumput di hadapan rumah. 
  3. Halaman rumah yang cantik dan terurus akan memberi gambaran yang baik tentang tuan rumah. Dengarkan lah nasihat dari orang yang kerjanya menjaga rumput dan lanskap; lebih senang mendapat kawasan yang nampak terurus bila ia terdiri dari satu jenis rumput daripada berjenis-jenis pokok dalam pasu atau atas tanah yang tumbuh tidak sekata dan berbunga mengikut musim. Urus rumput dengan rapi, dan kita akan nampak kereta di pandu perlahan depan rumah kita.  Atau bayangkan memberi panduan kepada keluarga atau kawan yang datang dari jauh dengan menggunakan halaman rumput kita sebagai mercu tanda? “Rumah Pak Leman? Abang jalan terus sampai nampak rumah yang rumput macam padang golf tu lah rumah dia” 
  4. Tempat yang selesa untuk menghibur atau bekerja. Kawasan rumput hiasan di halaman rumah boleh menjadi tempat untuk barbeku, kenduri, perjumpaan, mesyuarat (mengapa tidak?) atau kita mungkin menjadikan penjagaan rumput hiasan sebagai suatu hobi. 
  5. Menaikkan harga rumah. Bila masanya tiba untuk kita meneruskan kehidupan kita di tempat lain atau kita terpaksa melepaskan rumah kita, saya pasti rumah yang mempunyai halaman rumput yang dipotong berjalur seperti padang bola Manchester United akan mempunyai nilai yang lebih tinggi di mata bakal pembeli berbanding jika rumah tersebut di penuhi pokok hiasan yang tidak terbela atau di litupi marmar tulin di import dari Italy.


Selain dari itu, penanaman rumput turf mempunyai faedah-faedah lain yang bersifat lebih umum; tidak terhad kepada halaman rumah. Jika kita mempunyai tanah halaman yang besar, atau kita inginkan alasan mengapa tanah lapang kepunyaan majlis daerah kita perlu ditanam dengan rumput, beritahu mereka tentang 10 faedah utama rumput,
  1. Menghalang hakisan tanah.  Kawasan yang berumput akan mengurangkan kesan hakisan air berbanding kawasan lapang yang botak. 
  2. Mengurangkan habuk.  Kawasan lapang yang botak akan berhabuk atau berdebu bila cuaca kering. 
  3. Mengelakkan larian permukaan.  Pergerakkan air yang banyak diatas permukaan yang tidak berumput akan membawa debu, tanah atau sampah dalam alirannya. 
  4. Menapis air; rumput boleh bertindak sebagai tapisan untuk air yang mengalir melaluinya, samada untuk masuk ke dalam tanah atau ke longkang, parit, sungai, tasik dan sebagainya. 
  5. Permukaan daun rumput (seperti juga lain-lain tumbuhan) boleh memerangkap sebahagian jenis cemaran udara terutamanya dari jenis partikel-partikel besar. 
  6. Membekalkan oksigen.  Melalui proses fotosintesis tumbuhan hijau akan menyerap karbon dioksida (CO2) dan membebaskan oksigen (O2). 
  7. Penyejukkan.  Berbanding dengan tanah kosong atau simen konkrit, dengan keluasan yang sama, rumput turf akan menyejukkan kawasan sekelilingnya. 
  8. Kecantikkan.  Walau jenama apa pun jubin atau marmar yang digunakan, di hari yang panas, hanya kawasan rumput hiasan yang terurus yang akan menyejukkan mata dan suhu. 
  9. Nilai hartanah.  Samada tanah sebesar setem poskad di rumah teres atau taman permainan di kawasan perumahan, rumput hiasan yang terurus boleh menaikkan harga rumah atau hartanah. 
  10. Kawasan sukan dan rekreasi.  Rumput yang sesuai boleh digunakan untuk kawasan rekreasi kanak-kanak ataupun padang-padang sukan.

Apa dan kenapa kita perlu memilih rumput-rumput yang tertentu.

Jika kita berada dalam kategori orang yang ingin menanam atau memilih rumput kita sendiri, apa yang kita harus fikirkan ialah;
  1.  Kegunaan; adakah rumput itu ditanam untuk menghias kawasan keliling rumah, taman permainan kanak-kanak, padang bola, padang golf dan sebagainya. Lain kegunaan akan menentukan jenis rumput. Rumput yang lasak untuk padang bola tidak akan mempunyai ciri yang sama dengan rumput yang ditanam untuk perhiasan. 
  2. Tahap penjagaan; berapa kali sebulan atau seminggu anda sanggup memotong, membaja atau berapa jam sehari anda sanggup habiskan untuk membuang rumput liar. Ini akan terbahagikan kepada kategori; tinggi, rendah dan sederhana. 
  3. Kawasan yang akan ditanam; adakah ia berdekatan dengan bangunan atau ada banyak pokok?  Setengah jenis rumput memerlukan lebih dari enam jam sehari cahaya matahari yang terang. 
  4. Belanja yang sanggup kita keluarkan; ada rumput yang memerlukan lebih banyak baja atau racun untuk penjagaan.

Mengenai rumput,
  •  Sebarang jenis tumbuhan hidup yang boleh kerap dipotong pada ketinggian rendah boleh dianggap sebagai rumput turf.  Secara definasi, rumput turf ialah lapisan tumbuhan berguna termasuk bahagian atas tanah yang dipenuhi oleh akar, rhizom dan stolon.
  • Di dalam bidang industri penyelenggaraan padang golf; rumput hiasan atau kadangkala di panggil rumput turf secara umumnya boleh di bahagikan kepada dua kumpulan; Musim Panas (Warm Season) dan Musim Sejuk (Cool Season).
  • Rumput turf musim panas perlukan suhu optima dari 25 – 35 darjah Centigrade (80-95 darjah Fahrenheit) satu kumpulan rumput lagi hidup dalam suhu optima dari 15 hingga 25 darjah C (60 hingga 75 darjah F).
  • Tentunya di Malaysia, kebanyakkan rumput turf ialah dari kumpulan rumput musim panas, kecuali green di padang golf Awana Genting yang menggunakan sejenis rumput musim sejuk.
  • Hampir semua jenis rumput turf yang lazim digunakan adalah dari kategori perennial iaitu ia hidup lebih dari setahun. Tentunya rumput ini memerlukan nutrien, air dan udara untuk hidup.  Dan seperti tumbuhan lain, rumput turf sangat peka kepada sekitarannya.  Perubahan mendadak kepada sekitaran akan menguji ketahanan hidup tumbuhan itu.

Jenis–jenis rumput turf

Di Malaysia, rumput-rumput ini senang tumbuh dan senang dijaga. Berbagai nama diberi kepada rumput. Yang mudah untuk mengenal rumput ialah dengan menggunakan nama saintifik.

 PEARL GRASS
PEARL GRASS / RUMPUT MUTIARA
 PHILIPPINES GRASS
PHILIPINE GRASS / RUMPUT CARPET
 COW GRASS
COW GRASS / AXONOPUS COMPRESSUS
VARIGATA GRASS / RUMPUT BATIK
JAPANES GRASS / ZOYSIA MATRELL
 
Sumber artikel:  Pakar Rumput

Wednesday, September 30, 2015

SOLAT HAJAT PERDANA

Majlis Solat Hajat Perdana SMK Telok Kerang akan diadakan pada petang Khamis malam Jumaat 1 Oktober 2015 bertempat di Masjid kampung Telok Kerang. Majlis bermula pada pukul 6.00 petang. Calon-calon PT3 dan SPM 2015, ibu-ibu, bapa-bapa, warga sekolah, serta penduduk setempat dipersilakan hadir. 
 
Semoga doa kejayaan bagi 17 orang pelajar sekolah ini yang mengambil MPV Landskap dan Nurseri, dan semua yang lain  di makbulkan Allah SWT.
 
Hadis 149 Mastika Hadis Jilid 2: 
 
Dari Abi Ad-Darda’ RA bahawa Rasulullah SAW bersabda,
Sesiapa yang berwudhu’ lalu diperelokkan wudhu’nya, kemudian dia menunaikan solat 2 raka’at dengan sempurna, nescaya Allah memberikan apa yang dimintanya, sama ada cepat atau lambat (Hadis Sahih Riwayat Imam Ahmad). 
 
Disokong juga oleh hadis sahih yang berikut: 
 
Hadis 150 Mastika Hadis Jilid 2: 
 
Dari ‘Uthman bin Hunaif RA, bahawa telah datang kepada Rasulullah SAW seorang yang buta matanya seraya berkata,
Ya Rasulallah! Doakan kepada Allah untuk saya supaya Dia menyembuhkan saya” Rasulullah SAW bersabda, “jika engkau mahu, (doakan segera) maka akan aku doakan untukmu dan jika kamu mahu kamu boleh bersabar dan ianya (bersabar) lebih baik bagi kamu.” Lelaki itu menjawab, “Doakanlah” Maka Rasulullah SAW menyuruhnya supaya berwudhu’ dengan elok lalu bersolat dua raka’at dan berdoa dengan doa ini, “Allahumma Inni asaluKa wa atawajjahu ilaika binabiyyika Muhammad Nabiy ar-rahmah. Inni tawajjahtu bika ila rabbi fi hajati hazihi lituqdha liyy. Allahumma fashaffi’hu fiya.