- Bekalan air pada waktu pagi akan membekalkan keperluan air kepada tanaman hiasan di sepanjang hari terutamanya untuk proses fotosintesis.
- Selain itu ia juga berupaya membantu mengurangkan kadar hidrasi kerana akar pokok telah menyerap air yang diperlukan.
2. Siram terus ke permukaan tanah.
- Ramai orang akan melakukan penyiraman secara terus ke atas daun walhal yang memerlukan air adalah akarnya.
- Tanaman hiasan yang mempunyai daun yang berbulu akan mudah melecur jika enyiraman dilakukan terus pada permukaannya.
- Apabila air bertakung pada permukaan daun berbulu, ia akan menggalakkan pertumbuhan bakteria, kulat dan mildew pada kawasan yang bertakung air.
- Walaupun hujan turun dan telah membasahi tanaman hiasan, lakukan pemeriksaan untuk memastikan keseluruhan tanah atau medium di dalam pasu lembab.
- Kadangkala, hujan yang mencurah tidak dapat menembusi permukaan tanah terutamanya untuk tanaman hiasan mempunyai silara yang padat.
4. Jangan biarkan tanah kering sepenuhnya.
- Ada kalanya medium yang kurang digemburkan akan mula mengeras hingga menyebabkan air tidak dapat diserap.
- Hal ini akan berlakunya sekiranya medium di dalam pasu dibiarkan kering sepenuhnya.
- Melakukan penyiraman segera akan dapat membantu perkara tersebut daripada terus berlaku.
No comments:
Post a Comment