Assalamu'alaikum dan salam sejahtera..........Selamat datang ke blog Mekarharum, Mata Pelajaran Vokasional Landskap dan Nurseri, SMK Telok Kerang, Pontian, Johor..........Indahkan kawasan tempat kediaman kita dengan landskap yang cantik dan menarik

Friday, February 19, 2010

ASAS REKABENTUK LANDSKAP

Rekabentuk landskap merujuk kepada pelan keseluruhan landskap. Setiap elemen landskap jika boleh memenuhi keseluruhan rekabentuk landskap. Tambahan pula setiap individu yang ingin membina landskap mengharapkan rekabentuk landskap mestilah bersepadu untuk memberi ketenangan, kerehatan dan menikmati keindahan dalam lingkungan hartanah mereka. Landskap mempunyai banyak fungsi termasuklah keinginan menikmati keindahan kawasan luar rumah dan juga merangsang kehidupan di luar rumah. Asas rekabentuk landskap serupa seperti menghias dalaman rumah.
Mari kita lihat bagaimana untuk merekabentuk landskap.

Langkah 1
Senaraikan keperluan landskap. Pertimbangkan fungsi dan keperluan landskap atau taman yang akan dibina. Tentukan bagaimana anda hendak menggunakan keperluan dalam taman tersebut dengan sepenuhnya. Keperluan-keperluan tersebut hendaklah diambil kira semasa merekabentuk landskap agar ia dapat meningkatkan nilai kawasan luar rumah. Di antara keperluan-keperluan landskap itu termasuk taman permainan kanak-kanan, pergola, gazebo, deck, patio, ruang rehat, kolam dan laluan pejalan kaki.

Langkah 2
Lakarkan lukisan berskala di atas kertas graf. Dalam lakaran itu dimasukkan semua benda-benda kekal di dalam taman tersebut. Ini termasuk rumah, laluan masuk, kaki lima dan keperluan-keperluan lain sama ada ianya bersifat kekal atau bersifat berubah dengan rekabentuk landskap yang baru.

Langkah 3
Nilaikan pencahayaan bahagian-bahagian tertentu di taman anda. Tentukan sama ada kawasan tersebut menerima cahaya matahari penuh, cahaya matahari separa, separuh terlindung atau terlindung keseluruhannya yang mana boleh membantu anda untuk menentukan tumbuhan yang sesuai untuk setiap lokasi taman. Harga tumbuhan untuk taman mungkin agak mahal. Dengan membuat penilaian awal anda boleh mengurangkan pemilihan tumbuhan yang salah.

Langkah 4
Tentukan sama ada tanah memerlukan baja tambahan untuk pertumbuhan tumbuh-tumbuhan hiasan. Ambil sampel tanah daripada taman yang direkabentuk untuk dinilai oleh pakar-pakar atau perunding mengenai tanah. Anda boleh pergi ke ‘garden centre’ untuk mendapatkan khidmat nasihat mengenai tanah ini. Penilaian ini boleh membantu anda untuk menambahbaikkan ciri-ciri dan kandungan tanah yang baik untuk tumbuh-tumbuhan.

Langkah 5

Kenal pasti sebanyak mana kerja-kerja penyenggaraan taman yang kita perlu buat. Jika anda mempunyai banyak masa terluang, anda boleh memperbanyakkan jenis tumbuhan dan juga menanam rumput. Jika anda tidak ada banyak masa, binalah taman yang kurang kerja-kerja penyenggaraan. Pilihlah tumbuhan yang tahan cuaca panas dan kering.

Langkah 6
Tentukan ruang kerja pada lakaran anda. Tandakan kawasan berehat seperti patio dan deck. Masukkan juga laluan pejalan kaki dari bahagian depan hingga ke belakang rumah.

Langkah 7
Pertimbangkan untuk membina pagar atau menanam tumbuhan pepagar. Ini adalah untuk ‘privacy’ anda dan keluarga anda.

Langkah 8
Ingatlah landskap anda sepatutnya bersesuaian dengan rekabentuk keseluruhan rumah. Pilih landskap kejur seperti ‘paving stones’, sempadan, dan dinding yang warnanya sesuai dengan konsep taman. Ini boleh merangsang rekabentuk luar rumah. Masukkan juga ciri-ciri landskap kejur pada pelan rekbentuk.

Langkah 9

Pilih tumbuh-tumbuhan yang sesuai dengan iklim dan cuaca. Tumbuh-tumbuhan tradisional di kawasan anda lebih toleran kepada tanah dan kawasan taman anda. Tumbuhan yang tumbuh subur akan membantu untuk mencantikkan landskap anda dan memerlukan penyenggaraan yang minima. Lawati nurseri untuk mendapat idea mengenai tumbuh-tumbuhan hiasan dan tumbuh-tumbuhan renek, kerana nurseri adalah tempat yang paling sesuai sebagai tempat sumber rujukan bagi menentukan tumbuhan yang paling sesuai di tanam di taman yang akan dibina.

No comments:

Post a Comment