Cantik
sekali taman ini. Taman sebesar padang bola ini terletak di tepi laut
bandar Pontian berhampiran dengan Stadium Mini Pontian. Taman ini dibina
sempena pemahkotaan Sultan dan Permaisuri Johor. Titik tumpu (focal
point) taman ini tentunya mahkota yang dibina besar di hujung taman.
Apabila siang kawasan taman ini panas sebab tidak ada pokok naungan yang
ditanam, namun apabila malam ia menarik untuk dikunjungi lebih-lebih
lagi dengan keindahan lampu-lampu LED yang dipasang pada pokok-pokok
buatan.
No comments:
Post a Comment