Sebuah rumah yang kelihatan menghijau dengan rimbunan tanaman yang memanjat di pergola tentu menjadi pemandangan yang menyejukkan. Lebih-lebih lagi jika lokasi rumah kita berada di kota dimana tumbuhan yang lebat menghijau sangat jarang
dijumpai. Hal inilah yang menjadikan penghuni kota mula mengaplikasikan peghijauan di sekeliling rumah mereka.
Ada di kalangan kita yang cuba membuat taman mini di perkarangan rumah, menanam tumbuhan hijau di bawah bumbung, dan ada yang menanam tanaman hijau yang memanjat di tiang atau pergola. Cara ini merupakan cara yang terbaik untuk mengatasi kawasan terhad bagi rumah-rumah di kota.
Menentukan jenis tanaman menghijau yang akan ditanam di perkarangan rumah menjadi salah satu yang harus dipertimbangkan. Ada berbagai jenis tanaman yang boleh dipilih, mulai dari tanaman pagar, tanaman buah, tanamn hias, serta jenis-jenis tanaman lain.
Salah satu jenis tanaman yang kini banyak dipilih ialah tanaman memanjat atau menjalar. Jenis tanaman ini dianggap dapat menjadi peneduh kerana kecepatan tumbuhnya yang boleh membuat tanaman ini tumbuh sangat lebat dan menutupi kawasan sekitar.
Tiga jenis tanaman memanjat, iaitu:
Ada di kalangan kita yang cuba membuat taman mini di perkarangan rumah, menanam tumbuhan hijau di bawah bumbung, dan ada yang menanam tanaman hijau yang memanjat di tiang atau pergola. Cara ini merupakan cara yang terbaik untuk mengatasi kawasan terhad bagi rumah-rumah di kota.
Menentukan jenis tanaman menghijau yang akan ditanam di perkarangan rumah menjadi salah satu yang harus dipertimbangkan. Ada berbagai jenis tanaman yang boleh dipilih, mulai dari tanaman pagar, tanaman buah, tanamn hias, serta jenis-jenis tanaman lain.
Salah satu jenis tanaman yang kini banyak dipilih ialah tanaman memanjat atau menjalar. Jenis tanaman ini dianggap dapat menjadi peneduh kerana kecepatan tumbuhnya yang boleh membuat tanaman ini tumbuh sangat lebat dan menutupi kawasan sekitar.
Tiga jenis tanaman memanjat, iaitu:
- Setengan memanjat - Tanaman setengah memanjat atau scamber's ini tumbuh ke arah atas. Ia tidak memiliki batang untuk tumbuh melilit, tetapi memiliki cabang dengan arah pertumbuhan merayap. Penyokong tanaman jenis ini wiremesh dengan kisi-kisi kecil dan dinding.
- Melilit - Tanaman jenis ini memiliki batang, namun beberapa jenis ada pula yang memanjat dengan bantuan sulur yang tumbuh di cabang di ketiak daun. Tanaman ini boleh tumbuh dengan bantuan batang besi, stainless steel wire, atau kisi-kisi kayu.
- Akar menumpang lekap (tempel) - Disebut juga dengan nama cliger's, tanaman jenis ini tumbuh dengan melekatkan diri di tempat melekatnya menggunakan akar-akar yang tumbuh disepanjang batang. Jenis tanaman jenis ini, seperti hedera (ivy), boleh tumbuh sehinga ketinggian 40cm dengan menempel pada permukaan dinding.
Apabila memutuskan untuk menanam tumbuhan memanjat ini, penting bagi kita untuk menanamnya di lokasinya yang sesuai dan tepat. Maka kita harus rajin-rajin dalam menjaga, merawat dan memangkasnya. Apabila tidak, maka tanaman memanjat yang tidak terjaga ini akan membuat rumah kita nampak lusuh dan tidak menarik. Sampah daun kering dari tanaman memanjat ini boleh mengotori halaman rumah kita.
Cara menanam tanaman memanjat:
- Tentukan lokasi penanaman - Tanaman memanjat merupakan tanaman yang memerlukan perhatian tambahan. Lokasi penanamannya tidak boleh sebarangan. Pilih lokasi yang sesuai. Kita boleh tanamnya di tepi atau di belakang rumah. Mengapa? Hal tersebut sangat rasional kerana apabila tanaman ini ditanam di laman depan rumah dan apabila kita leka menjaganya, tentu tanaman ini akan mengganggu penampilan halaman depan rumah kita.
- Letakkan tanaman di tempat strategik - Tanamlah tanaman ini di tempat strategik di sudut-sudut tertentu di kawasan rumah kita. Kita boleh menempatkannya di tepi kolam, dekat dengan buaian, atau dekat taman bermain anak. Apabila kita memilih lokasi penempatan tanaman memanjat ini berhampiran kolam, maka pastikan jaraknya tidak terlalu berdekatan. Hal ini untuk menjaga agar daun-daun kering yang berguguran tidak akan jatuh ke dalam kolam tersebut dan mengotori airnya.
- Pastikan sinaran matahari mencukupi - Meskipun tanaman memanjat ini bukanlah tanaman yang terlalu menyukai sinaran matahari, namun ini bukan bererti kita harus menanamnya di kawasan teduh. Tanaman memanjat tetap memerlukan cahaya matahari langsung.
- Bina sokongan memanjat - Oleh kerana tanaman memanjat ini nantinya akan tumbuh dengan lebat dan panjang, maka kita perlu menyiapkan penyokong sebagai tempat memanjat. Penyokong memanjat ini boleh berupa pagar atau tiang-tiang yang disusun berjajar. Kita juga oleh membina sebuah tembok kecil dan tidak terlalu tinggi khusus sebagai penyokong memanjat. Pastikan letak penyokong tanaman memanjat ini haruslah strategik dengan lokasi taman.
Penjagaan tanaman memanjat:
- Siram secara rutin - Menyirami tanaman memanjat secara rutin akan mampu menjaga kesegaran serta kelembaban di kawasan sekitar tanaman sehingga tumbuhan ini dapat tumbuh dengan baik.
- Pembajaan - Baja dengan baja NPK 15:15:15 terlebih dulu ketika berusia 2 minggu untuk menggalakkan pengeluaran akar dan daun muda. Teruskan pembajaan secara berkala iaitu setiap dua minggu sekali dan seterusnya.
- Pemangkasan - Jika tanaman memanjat ini telah tumbuh terlalu lebat sehingga menutupi keseluruhan bahagian penyokong panjatannya, maka kita perlu segera melakukan pemangkasan. Tanaman memanjat biasanya akan tumbuh sangat cepat di kawasan yang lembab dan basah. Untuk itu, selalu perhatikan pertumbuhan tanaman memanjat ini dan jangan sampai pertumbuhannya menutupi seleuruh bagian halaman.
- Hindarkan daripada haiwan, anak-anak dan gangguan lain - Ketika tumbuhan merambat ini baru sahaja di tanam, tentu saja akarnya belum terlalu kuat. Akar yang masih lemah ini akan mudah tercabut apabila tanaman dirosak. Untuk itu, hindarkan tanaman memanjat ini daripada kemungkinan dirosak oleh haiwan peliharaan atau gangguan lain.
- Bantu memanjat - Bantulah tanaman memanjat ini untuk memanjat dengan lebih teratur ke arah yang kita inginkan sebelum batangnya keras atau sebelum daun-daun melebat dan merimbun. Jika perlu, ikat pada penyokong. Lakukan agar nantinya ia kelihatan cantik dan kemas.
No comments:
Post a Comment