Assalamu'alaikum dan salam sejahtera..........Selamat datang ke blog Mekarharum, Mata Pelajaran Vokasional Landskap dan Nurseri, SMK Telok Kerang, Pontian, Johor..........Indahkan kawasan tempat kediaman kita dengan landskap yang cantik dan menarik

Monday, August 26, 2013

PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN 4 LANDSKAP BERSUNGGUH MEMBANTU MENYEMARAKKAN KIBARAN JALUR GEMILANG SAMBUTAN KEMERDEKAAN MALAYSIA KE-56

Hari ini pelajar-pelajar Tingkatan 4 Landskap di bawah kelolaan Cikgu Hasan b Kasmuri bertungkus-lumus mengibarkan Jalur Gemilang di kawasan sekolah. Mereka di bantu oleh Abang Roslee mengibarkan Jalur Gemilang dan memasang lampu untuk pencahayaan sempena sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia Ke-56.

Bulan Ogos adalah bulan kemerdekaan, manakala September merupakan hari Malaysia. Negara  kita mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, manakala penubuhan Malaysia pula ialah pada 16 September 1963. Ini bermakna pada tahun ini kita menyambut hari kemerdekaan negara ke-56 dan hari Malaysia yang ke-50.

Antara aktiviti atau amalan yang boleh dikatakan sinonim dengan sambutan bulan kemerdekaan  ialah aktiviti kibar ‘Jalur Gemilang’, iaitu bendera rasmi negara. Bendera melambangkan kedaulatan, kemerdekaan dan kebebasan sesebuah negara. Ia juga memiliki makna ideologi bagi negara itu.

Sudah sewajarnya di seluruh pelosok tanah air, pada saat bulan kemerdekaan ini mengibarkan Jalur Gemilang di premis-premis bangunan, kediaman dan kenderaan. Apatah lagi jika ia dilakukan dengan penuh penghayatan terhadap erti sebuah kemerdekaan. Oleh itu, tradisi mengibarkan bendera kemegahan negara pada bulan kemerdekaan tidak seharusnya luntur dari sanubari rakyat negara ini.














No comments:

Post a Comment