Sebagai panduan, berikut adalah cara menanam pokok palma atau pokok naungan yang dah besar;
- Bersihkan kawasan yang akan ditanam dan buang pokok sedia ada yang tidak diperlukan.
- Tentukan lokasi lubang penanaman.
- Semak pelan utiliti supaya lokasi tidak terlalu hampir dengan talian utiliti.
- Tandakan lokasi dengan pancang berukuran 45 cm - 60 cm.
- Gali lubang mengikut kesesuaian tapak (1m X 1m X 1m).
- Biarkan lubang selama seminggu.
- Menyediakan tanah campuran dengan nisbah 3:1 (3 bahagian tanah loam dan 1 bahagian bahan organik.
- Menggaul tanah campuran dengan sekata.
- Selepas 1 minggu, gali 3/4 daripada lubang. Timbus lubang dengan tanah campuran dan biarkan lagi selama semingggu.
- Memindahkan anak pokok dari beg politena ke dalam lubang. Masukkan bebeola akar pokok ke dalam lubang penanaman dengan betul (letakkan anak pokok tegak di tengah-tengah lubang).
- Menimbus dengan tanah campuran sehingga penuh.
- Ikat pokok pada kayu penyokong di sisi bebola akar supaya pokok tegak dan tidak rebah.
- Masukkan tanah selebihnya dan padatkan tanah di sekeliling pokok.
- Memadatkan tanah di pangkal pokok.
- Meletakkan sungkupan dengan betul (di sekeliling pangkal pokok).
- Menyiram secukupnya iaitu keseluruhan medium tanah campuran lembab.
No comments:
Post a Comment