Assalamu'alaikum dan salam sejahtera..........Selamat datang ke blog Mekarharum..........Indahkan kawasan tempat kediaman kita dengan landskap yang cantik dan menarik

Sunday, September 5, 2010

MAJALAH LAMAN IMPIANA - KANDUNGANNYA DIBUAT RUJUKAN OLEH PELAJAR-PELAJAR LANDSKAP DAN NURSERI


Majalah Laman Impiana merupakan sebuah majalah berkonsepkan hiasan berbahasa Melayu yang diterbitkan dan ada di pasaran Malaysia. Ia diterbitkan secara dwi-bulanan. Laman Impiana merupakan sebuah majalah landskap dan taman yang khusus bagi menampilkan perkongsian idea dan inspirasi hiasan laman, khusus bagi pencita seni taman. Majalah ini diterbitkan oleh Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd, Malaysia.



Majalah yang padat diisi dengan artikel-artikel yang berkaitan dengan landskap dan taman disamping persembahannya yang penuh dengan gambar foto berwarna merangsang minda pelajar-pelajar untuk meminati bidang perlandskapan. Majalah ini telah kami gunakan untuk membantu pelajar-pelajar memahami dengan lebih jelas mengenai perlandskapan.


Beberapa komen mereka mengenai isi kandungan majalah ini:

Gambar-gambar landskap yang cantik.
  1. Dapat mengenal pasti reka bentuk dan pembinaan landskap yang sebenar.
  2. Dapat mengenal pasti konsep sesuatu taman.
  3. Dapat mengenal nama tumbuh-tumbuhan hiasan.
  4. Dapat mengenal aksesori taman.
  5. Dapat mengetahui cara membuat beberapa aksesori taman.
  6. Dapat mengetahui mengenai reka bentuk landskap (Solusi Reka).
  7. Pertanyaan - Mengapa tiada gambar foto reka bentuk atau artikel mengenai taman di kawasan perkampungan tradisional? (...yang ini editor Laman Impiana kena jawab).

Terima kasih Laman Impiana....

Di antara isi kandungan majalah ini yang amat berguna dan boleh dijadikan dijadikan sebagai bahan rujukan pelajar-pelajar Landskap dan Nurseri ialah:

  1. Gaya Hias
  2. Container Garden
  3. Cantik Dipandang
  4. Idea Botani
  5. Klinik Laman
  6. Hortikultur
  7. Solusi Reka
  8. Taman Hebat
  9. Idea Kreatif
  10. Mebina Perabot/Aksesori Taman
  11. Do It Yourself (DIY)

Berikut adalah isi kandungan sukatan pelajaran mata pelajaran MPV Landskap dan Nurseri Tingkatan 4 dan Tingkatan 5:

1. Nurseri
1.1 Pengenalan
1.2 Tumbuhan Landskap
1.3 Pembiakan Tumbuhan - Pembiakan seks dan Pembiakan aseks
1.4 Bekas Tanaman dan medium penanaman
1.5 Penanaman dan Penyelenggaraan tanaman
1.6 Penubuhan Nurseri

2. Landskap
2.1 Jenis andskap
2.2 Pemilihan Tumbuhan Landskap
2.3 Proses mereka bentuk landskap
2.4 Pelaksanaan Landskap
2.5 Penyenggaraan kawasan landskap

3. Pengurusan dan Keusahawanan
3.1 Pengurusan tempat kerja
3.2 Keusahawanan

Berikut pula ialah kemahiran-kemahiran yang yang perlu dikuasai oleh pelajar-pelajar Landskap dan Nurseri dalam Modul Pentaksiran. Pelajar-pelajar mesti kompeten semua kemahiran ini:

KLN01 - Membiakkan tumbuhan hiasan menggunakan biji benih halus.
KLN02 – Membiakkan tumbuhan hiasan menggunakan biji benih kasar.
KLN 03 – Membiakkan tumbuhan hiasan menggunakan keratin batang.
KLN 04 – Membiakkan tumbuhan hiasan menggunakan keratin daun.
KLN 05 – Membiakkan tumbuhan hiasan secara tut (markot).
KLN 06 – Membiakkan tumbuhan hiasan secara cantuman.
KLN 07 – Membiakkan tumbuhan hiasan menggunakan organ penyimpanan.
KLN 08 – Membiakkan tumbuhan hiasan secara pembahagian rumpun.
KLN 09 – Menyediakan bekas dan medium penanaman.
KLN 10 – Menenam anak benih tumbuhan hiasan dalam beg politena.
KLN 11 – Menanam anak benih tumbuhan hiasan dalam pasu.
KLN 12 – Membuat inventori tapak dan analisis tapak.
KLN 13 – Melakar gambar rajah buih.
KLN 14 – Melukis pelan konsep.
KLN 15 – Melukis pelan induk.
KLN16 – Membina model reka bentul landskap.
KLN 17 – Menanam tumbuhan hiasan.
KLN 18 – Menanam rumput turf.
KLN 19 – Membina simen ferro
KLN 20 – Menyenggara kawasan landskap dan nurseri.
KLN 21 – Melaksanakan rancangan perniagaan.

1 comment:

  1. thanks
    visit us for automatic watering system
    http://www.sprinklerhouz.com/

    ReplyDelete