Assalamu'alaikum dan salam sejahtera..........Selamat datang ke blog Mekarharum, Mata Pelajaran Vokasional Landskap dan Nurseri, SMK Telok Kerang, Pontian, Johor..........Indahkan kawasan tempat kediaman kita dengan landskap yang cantik dan menarik

Wednesday, June 5, 2013

LANDSKAP DI ENTRANCE LOST WORLD OF TAMBUN

Lost World of Tambun ialah sebuah taman tema yang terletak di Tambun, Ipoh, Perak. Berhampiran bandar Ipoh. Perbelanjaan bagi membina taman tema ini dianggarkan berjumlah RM60 juta serta merupakan taman semula jadi terbesar di Malaysia. 

Lost World of Tambun adalah 'Dunia Yang Hilang Disebalik Bukit Batu Kapur 400' juta tahun. Pemandangan sekeliling taman ini dilatari keindahan alam semula jadi dengan pemandangan hutan batu kapur yang indah, dipercayai berusia lebih 400 tahun, selain tasik yang tenang menghijau dan gunung yang membuatkan anda berasa seperti penjelajah National Geographic.

Lost World of Tambun, Ipoh Perak memang masih mengekalkan ciri-ciri seni bina purba ala-ala purba Mesir. Taman Tema ini memang beraura mungkin disebabkan dikelilingi bukit batu kapur yang berusia 400 juta tahun dan hutan khatulistiwa semulajadi.

Apa yang ada di sini?
  • Taman tema berlatarbelakangkan bukit batu kapur, gua dan hutan semulajadi. Memang boleh merelakskan fikiran. 
  • Di sini ada kolam air panas yang asli diambil dari sumber asalnya sejauh 600 meter. 
  • Di sini ada 'jungle wave bay' iaitu kolam ombak tiruan terbesar di Malaysia dengan tujuh pukulan ombak yang berbeza (keluasan 3,200 meter persegi)
  • Di sini juga ada 'adventure river', sungai buatan terpanjang di asia dengan 600 meter. Kita boleh mengembara menggunakan pelampung sepanjang sungai berombak ini dikelilingi patung-patung haiwan dan kesan bunyi haiwan.
  • .....dan bermacam lagi.

Semasa kami tiba di sini, ia sesak dengan pengunjung yang terlalu ramai. Keadaan ini menjadikan kami kurang berminat nak masuk ke dalam. Di bawah ini kami sajikan landskap di pintu masuk ke taman ini. Ia berkonsepkan 'dunia yang hilang di sebalik bukit batu kapur'.

















Sunday, June 2, 2013

TAMAN REKREASI GUNUNG LANG

Kalau sesiapa yang ke utara menggunakan lebuhraya PLUS dan masih berada di kawasan Ipoh, bolehlah singgah sebentar melepaskan penat memandu di taman ini iaitu Taman Rekreasi Gunung Lang. Taman Rekreasi Gunung Lang ini terletak di Bandaraya Ipoh. Keluar dari Lebuhraya Utara Selatan melalui susur keluar Sungai Siput dan Jalan Kuala Kangsar.

Kawasan ini dipenuhi gunung batu kapur. Gunung batu kapur memang banyak terdapat di negeri Perak, Malaysia, khususnya di Lembah Kinta. Jajaran Gunung Lang merupakan kawasan bukit batu kapur yang terletak di tengah Lembah Kinta dan merupakan kawasan rekreasi yang terletak di utara Bandaraya Ipoh. Ia berdekatan dan boleh di masuki melalui Lebuhraya Utara Selatan melalui susur keluar Sungai Siput dan Jalan Kuala Kangsar.

Kawasan bukit batu kapur ini telah di terokai seawal 1880 oleh pelombong bijih timah Melayu yang mana perlombongan ini telah di lakukan di dalam gua-gua yang terdapat di sini. Kawasan ini juga telah di jadikan kawasan perlombongan bijih besi dan menghasilkan kawasan landskap terganggu seperti kawasan berpaya dan tasik. 

Kajian Rancangan Tempatan Ipoh 2020 telah mengariskan kawasan Gunung Lang seluas 111.93 hektar sebagai Kawasan Sensitif Alam Sekitar Tahap 2 dan perlu di pulihara. Pembangunan yang di benarkan untuk kawasan ini hanyalah eko pelancongan, penyelidikan dan pendidikan. Keunikan formasi batu kapur ini juga menarik minat pengunjung kerana ianya terletak berhampiran pusat bandar Ipoh.

Menjelang tahun 1999-2003, Majlis Bandaraya Ipoh dan Jabatan Landskap Negara, Kementerian Perumahan Tempatan telah  membangunkan kawasan ini di bawah Rancangan Malaysia ke 8 sebagai pembangunan Taman Awam. Gunung Lang telah dijadikan kawasan rekreasi oleh Majlis Bandaraya Ipoh. Taman ini dilengkapi dengan tiga buah tasik buatan dari bekas lombong bijih timah. Dengan peruntukan sebanyak RM8.4 juta, Taman Gunung Lang kemudian dibangunkan melalui fasa pertama dan kedua sebagai taman rekreasi awam sepenuhnya pada 1999 di bawah Rancangan Malaysia ke Tujuh (RMK-7) oleh Jabatan Landskap Negara. 

Majlis Bandaraya Ipoh merancang untuk meneruskan projek pembinaan fasa ketiga taman rekreasi itu dalam Rancangan Malaysia Ke Sembilan (RMK-9). Pembangunan ini merangkumi komponen laluan pejalan kaki, menara pandang jauh, jeti bot, tandas serta air terjun buatan tertinggi di Malaysia. Kawasan ini telah berjaya menampung kehendak penduduk kawasan bandaraya Ipoh serta menjadi tumpuan pelancong sebagai ‘stop over point’ laluan Lebuh raya Utara Selatan.

Sumber artikel: Majlis Bandaraya Ipoh











Wednesday, May 22, 2013

CANTIKNYA TAMAN BERBUNGA INI...

Wowwww....canteeeekkkkk....





Ramai orang mengimpikan sebuah taman yang dipenuhi bunga-bungaan berwarna-warni. Ia wujud dan membentuk latar belakang kepada pemandangan dan tarikan yang menakjubkan. Menikmati pelbagai ratusan bunga dan bersiar-siar di taman indah seperti ini menjadikan kita seolah-olah berada di syurga...namun hanya syurga dunia...

Tumbuhan memang berguna untuk memberi kualiti atau menghias ruang dan merangka pemandangan dan boleh melembutkan pemandangan.  Ia juga berfungsi memberi kedamaian, ketenangan serta keindahan kepada pengguna. Hasil dari gabungan unsur-unsur asli atau semulajadi yang terdiri dari pelbagai tanaman, bermakna di situ ada serangga atau kupu-kupu. Kehadiran serangga dan kupu-kupu itu akan menambahkan lagi keindahan taman.

Tumbuhan berbunga memiliki kuntum bunga yang indah, sama ada dari segi bentuk, warna, susunan dan aromanya. Tumbuhan berbunga mempunyai bunga yang menarik dan berbau harum serta bewarna-warni. Sebahagian bunga menjadi daya penarik kepada taman. Bunga yang berbagai warna menyemarakkan lagi suasana taman.

Kalau ada kemampuan, bolehlah bina taman seperti ini...

Sumber foto:  Beautiful Amazing World

Tuesday, May 14, 2013

SEBELUM DAN SELEPAS RENOVASI TAMAN

Di sini kami nyatakan dalam bentuk foto perbezaan sesuatu tempat ketika belum dibuat taman dan setelah kawasan itu direnovasi untuk dibuat taman. Beza memang berbeza... Mari kita cuba buat di kawasan rumah kita.


Sebelum...

Selepas...


Sebelum...
  
Selepas...


Sebelum...

Selepas...


Sebelum...

Selepas...


Sebelum...

Selepas...


Sebelum...

Selepas...


Sebelum...

Selepas...


Sebelum...

Selepas...
  

Sebelum...

Selepas...


Sebelum...

Selepas...


Sebelum...

Selepas...


Sebelum...

Selepas...


Sebelum...

Selepas...

Sumber:  Better Homes and Gardens

Thursday, May 9, 2013

PERATURAN KESELAMATAN DI BENGKEL LANDSKAP DAN NURSERI


     PERATURAN KESELAMATAN AM

  1.  Bengkel Landskap dan Nurseri ialah kawasan larangan.  Tidak sesiapapun dibenarkan masuk tanpa kebenaran guru.
  2.  Utamakan keselamatan. 
  3. Sebelum memasuki bengkel perlu mendapat kebenaran guru dan berada dibawah pengawasan guru sepenuhnya.
  4.  Peraturan dari segi tatacara berpakaian di bengkel mesti difahami  dan dipatuhi. Pakaian hendaklah sesuai dan kemas. Mesti pakai kasut. 
  5. Peralatan dan bahan dalam bengkel tidak boleh dibawa keluar tanpa kebenaran guru.
  6.  Sentiasa mematuhi arahan guru dan berhati-hati dalam setiap kerja di bengkel. 
  7. Peralatan dan bahan hanya boleh digunakan atas arahan dan panduan guru.  
  8. Semua peralatan dan bahan yang telah digunakan hendaklah dikembalikan ke tempat asalnya. 
  9. Semua peralatan hendaklah dibersihkan sebelum dan selepas digunakan. 
  10. Amali atau eksperimen tidak boleh dilakukan tanpa pengetahuan dan kebenaran guru. 
  11. Setiap kerosakan, pecahan atau hal kemalangan perlulah dilaporkan dengan segera kepada guru atau pun kakitangan bengkel. 
  12. Dilarang bermain-main dengan segala peralatan dan kelengkapan di dalam bengkel. 
  13. Dilarang bergurau senda di dalam bengkel. 
  14. Tidak dibenarkan berpindah dari tempat duduk yang dikhaskan ke tempat lain tanpa kebenaran guru. 
  15. Kerusi, meja dan kemudahan lain di bengkel hendaklah diatur dengan kemas. Keadaan dalam bengkel hendaklah bersih dan kemas sepanjang masa. 
  16. Keadaan persekitaran bengkel perlu dipastikan sentiasa kemas, bersih dan teratur. 
  17. Kawasan tempat kerja perlu dibersihkan sebelum meninggalkan bengkel. 
  18. Semua suis elektrik perlu dimatikan sebelum meninggalkan bengkel. 
  19. Tidak dibenarkan menggunakan peti pertolongan cemas tanpa pengetahuan guru.
  20.  Langkah-langkah keselamatan mersti dipatuhi setiap masa.


PERATURAN KESELAMATAN DIRI DAN ORANG LAIN 

  1.    Jadikan sikap mematuhi peraturan sebagai suatu amalan. 
  2. Utamakan keselamatan diri sendiri dan orang lain semasa di bengkel. 
  3. Pakailah pakaian yang sesuai dan kemas ketika berkerja di dalam bengkel, 
  4. Pakai pakaian yang sesuai dan kasut yang bertutup. 
  5. Bagi pelajar  yang mamakai baju lengan panjang, lipat lengan baju ketika berkerja. 
  6. Bagi pelajar-pelajar perempun,rambut yang panjang hendaklah diikat. Bagi yang bertudung, pastikan tundung dipakai dengan kemas. 
  7. Jangan bermain atau bergurau-senda semasa berada di bengkel Landskap dan Nurseri. 
  8. Amalan sentiasa berkerjasama dan bantu-membantu sesama rakan dan orang lain adalah digalakkan. 
  9. Tangan perlu dibasuh dengan betul setelah selesai kerja di bengkel Landskap dan Nurseri.


     PERATURAN KESELAMATAN ALATAN DAN BAHAN

  1. Penggunaan bahan dan alatan perlu mendapat bimbingan daripada guru sebelum pelajar boleh menggunakannya. 
  2. Penggunaan alatan yang teratur dan betul adalah penting bagi memelihara peralatan daripada cepat rosak. 
  3. Perancangan penggunaan alatan dan bahan dibuat dengan teliti sebelum memulakan sesuatu kerja. 
  4. Atalan perlu dibersihkan dan dipulangkan kembali ke stor setelah selesai penggunaannya. 
  5. Dilarang menggunakan peralatan yang rosak. 
  6. Penggunaan bahan kimia seperti baja mesti dibuat dibawa bimbingan  dan pemantauan guru. 
  7. Sentiasa berhati-hati sewaktu menggunakan sebarang peralatan di bengkel  Landskap dan Nurseri.


AMARAN
Pihak sekolah tidak akan bertanggungjawab atas apa-apa kejadian yang tidak diingini sekiranya seorang pelajar itu tidak mematuhi peraturan-peraturan tersebut di atas.