Taman Jepun adalah taman gaya tradisional Jepun. Sesetengah
taman Jepun adalah taman kering atau taman batu. Dalam budaya Jepun, pembinaan
taman adalah kesenian yang tinggi. Taman Jepun telah dibangunkan hampir
menyamai taman Cina namun berbeza dari segi gaya.
Walaupun taman Jepun ini sering dikaitkan sebagai tempat membawa diri yang tenteram untuk mereka yang ingin melepaskan diri daripada tekanan kehidupan sehari-hari, taman-taman Jepun juga direka bentuk untuk pelbagai tujuan. Sesetengah taman menggalakkan untuk bertafakur, namun ia juga bertujuan sebagai tempat untuk rekreasi dan untuk mempamerkan spesimen-spesimen tumbuhan yang jarang ditemukan serta memperagakan batu-batu yang luar biasa.
Kaiyu-shiki atau siar kaki memerlukan pengunjung merentasi taman supaya dapat menghargai taman itu dengan sepenuhnya. Satu jalan yang dirancang terlebih dahulu membawa pengunjung taman ke setiap kawasan yang unik di dalam taman Jepun ini. Permukaan jalan yang tidak rata dibina di ruangan-ruangan yang tertentu untuk menggalakkan para pengunjung supaya melihat ke bawah. Apabila pengunjung melihat ke atas, mereka akan melihat suatu hiasan untuk menyedar dan menyegarkan jiwa. Reka bentuk seperti ini dikenali sebagai "sembunyikan dan dedahkan".
Elemen batu digunakan untuk membina lorong, jambatan dan laluan pejalan kaki taman. Ia juga digunakan mewakili gunung apabila gunung yang sebenar tidak ada atau tidak dapat dilihat. Bilangan batu yang diletak biasanya ganjil dan kebanyakan kumpulan batu itu berbentuk segi tiga.
Sumber air di dalam taman Jepun merupakan sebahagian persekitaran semula jadi. Oleh itu air pancut tidak akan kelihatan di dalam taman Jepun. Anak sungai buatan dibina dengan lengkungan dan bentuk yang tidak sekata untuk mencipta wajah yang tenang dan semula jadi. Di sesetengah taman, terdapat kolam atau sungai yang kering. Kolam atau sungai yang kering mempunyai kesan yang lebih kurang sama dengan kolam atau sungai yang mempunyai air.
Tumbuhan hijau merupakan satu lagi unsur taman Jepun. Tradisi Jepun lebih suka warna hijau yang lembut, tetapi pokok berbunga dan pokok renek juga digunakan. Di dalam taman Jepun tiruan khususnya yang dibina di luar dari negara Jepun, ia menggunakan pokok-pokok tempatan atas alasan iklim yang berbeza.
Kalau kita ke Berjaya Hills Resort, Bukit Tinggi, Bentung, Pahang dan inginkan suasana yang tenang dan mendamaikan, pergilah ke Japanese Village yang berada di puncak bukit pada ketinggian 3500 dari paras laut. Bertambah unik mengenai kampung ini ialah ia terletak di kawasan hutan tropika. Taman yang direalisasi daripada ilham arkitek Jepun, Kaio Ariizumi ini dibina untuk mereka yang mencintai kehijauan hutan tropika tanah tinggi yang dingin dan nyaman. Ariizumi dan kumpulan pereka landskapnya berjaya menghidupkan penataan seni landskap taman dan perkampungan Jepun.
Taman yang berada dalam Japanese Village ini menyambut pengunjung dengan menawarkan taman Jepun yang mempunyai siar kaki berliku, pintu gerbang chumon, Japanese Tea House, Tatami spa, UME Tatami Suite, Botanical Garden, Ryo Zan Tei Restaurant, dan Souvenir Shop. Dengan laluan taman denai yang kemas, seni dan falsafah Jepun banyak melatari persekitaran taman.
Berjalan dengan melewati deretan rumpun buluh, pokok-pokok renek, ara bonsai, dan batu-batu gunung, deria pendengaran juga pasti terpaut pada irama aliran air di sungai dan riak bunyi air terjun yang menghempas ke bongkah-bongkah batu berlumut. Ia sungguh istimewa! Di kolam ikan, dihimpunkan spesies koi dalam warna-warna garang, bersisik kuning, merah, emas, dan perak. Koi-koi itu tidak malu-malu berenang ke sana ke mari seolah-olah menghiburkan pengunjung, namun disebaliknya ia meminta makanan setiap kali ternampak kelibat manusia.
Pengalaman berkunjung ke Taman jepun ini akan menyimpulkan bahawa sebuah taman Jepun perlu memiliki elemen penting seperti buluh, pulau, jambatan, pelita batu dan juga sebuah pondok teh atau pavilion. Jika elemen-elemen itu tidak dapat direka secara fizikal, ia boleh dibuat secara perlambangan.
Itulah cerita sebuah taman Jepun di Japanese Village, Berjaya Hills Resort, Bentung, Pahang. Sayonara...

No comments:
Post a Comment