Assalamu'alaikum dan salam sejahtera..........Selamat datang ke blog Mekarharum, Mata Pelajaran Vokasional Landskap dan Nurseri, SMK Telok Kerang, Pontian, Johor..........Indahkan kawasan tempat kediaman kita dengan landskap yang cantik dan menarik

Tuesday, October 22, 2013

CANTIKNYA BUNGA MATAHARI DI HALAMAN RUMAH CIKGU HASAN KASMURI

Semasa ke rumah Cikgu Hasan Kasmuri iaitu guru Landskap kami pada Aidiladha yang lepas, kami tertarik dengan bunga matahari yang beliau tanam di halaman rumah. Bunganya yang besar dan berwarna kuning menjadikan halaman bertambah berseri dan hidup. Tahniah Cikgu Hasan.

Pokok bunga matahari (Helianthus annuus) ialah sejenis pokok semusim dalam famili Asteraceae yang berasal dari benua Amerika.  Batang pokok bunga ini boleh tumbuh setinggi 3 meter, dan bunganya pula boleh mencapai diameter 30 cm bergantung kepada keadaan iklim tempat penanamannya. Bunga matahari mendapat namanya kerana ciri bunganya yang akan sentiasa berpaling mengikut arah matahari. 

Ia merupakan sejenis tumbuhan yang mudah di tanam. Medium tanamannya berupa tanah yang neutral atau sedikit alkali. Jika tanah asid, kapur perlu ditabur sebelum bunga matahari ditanam. Seperimana namanya ia memerlukan cahaya matahari yang penuh. Ia merupakan tumbuhan semusim yang mempunyai kitar hidup yang pendek. Sesetengah jenis hanya mampu bertahan selama 60 hari sahaja. Pembiakannya dilakukan melalui biji benih yang didapati daripada bahagian tengah bunganya.

Bunga matahari ditanam secara komersial untuk biji dan minyak yang diekstrak daripada bijinya. Ia ditanam diladang secara besar-besaran di negara-negara seperti Rusia (pengeluar minyak bunga matahari terbesar di dunia, Argentina(kedua) dan Amerika Syarikat (ketiga).
  • Nama Tempatan:  Bunga Matahari
  • Nama Saintifik:  Helianthus annus
  • Nama lain:  Common Sunflower, Sunflower dan Mirasol
  • Famili:  Asteraceae/Compositae










1 comment:

  1. Assalammualaikum
    Maaf bertanya..
    Boleh saya dptkn benih bunga matahari
    0176169474

    ReplyDelete