Assalamu'alaikum dan salam sejahtera..........Selamat datang ke blog Mekarharum, Mata Pelajaran Vokasional Landskap dan Nurseri, SMK Telok Kerang, Pontian, Johor..........Indahkan kawasan tempat kediaman kita dengan landskap yang cantik dan menarik

Wednesday, January 2, 2013

LANDSKAP CANTIK DAN NYAMAN DI RESTORAN KAMPUNG DAUN, BANDUNG

Selama 4 hari di Bandung, Indonesia, kami singgah di Resto (restoran) Kampung Daun. Kami tahu mengenai restoran ini daripada rakan-rakan yang pernah ke sana. Selain daripada menunya yang sedap, sebenarnya kami nak lihat sendiri landskap di resto ini yang diceritakan amat cantik sekali.

Kampung Daun Culture Gallery & Cafe 'dimana budaya dan citarasa bertemu' merupakan tempat wisata (pelancongan) kulineri yang selalu di kunjungi para pelancong yang datang ke Bandung sama ada pelancong tempatan atau luar negara. Selain daripada keenakan menu makanan dan masakan Indonesia yang di sajikan, para pengunjung yang datang ke Resto Kampung Daun akan dapat merasakan kelainan pengalaman kerana restoran ini bagaikan rumah sendiri, penuh keramahan dan layanan intimewa dan tentunya nyaman, selesa dan privasi  untuk dijadikan tempat makan.

Restoran yang cukup disebut Kampung Daun saja, merupakan salah satu restoran di Bandung yang menawarkan suasana makan di tengah kehijauan alam. Ia berkonsepkan restoran dalam suasana perkampungan Indonesia yang bersatu dengan alam semula jadi. Lokasinya di sebuah lembah kecil di daerah Bandung. Kampung Daun hadir dengan tujuan memperkenalkan karakteristik dan keunikan wilayah pedesaan kepada pengunjung dalam dan luar negeri. Landskap di kawasan Kampung Daun ditata sealami mungkin, dengan memanfaatkan rimbunnya pepohonan dan aliran air sungai sebagai daya tarik utamanya.

Restoran ini terletak di KM 4,7 Jl. Sersan Bajuri No. 88 Cihideung, Lembang, Bandung. Biasanya pelancong akan memilih restoran ini selepas puas berjalan-jalan dan berekreasi di tempat lain di sekitar Bandung. Ia memiliki keistimewaan tersendiri terutama dalam dekorasi tempat dan cara penyajian makanan. Tempat makan untuk pengunjung berupa saung (gubuk/pondok/gazebo yang beratapkan jerami). Suasana ini sengaja dibuat dan dihadirkan supaaya terlihat suasana perkampungan yang masih asli dan nyaman untuk dijadikan tempat makan.

Kampung Daun selain menghidangkan makanan–makanan tradisional nusantara, ia juga menyediakan makanan luar seperti pizza, steak dan lain sebagainya. Dibuka mulai pukul 11.00 – 23.00 WIB, namun pada hujung minggu sehingga jam 24.00 WIB.

Berlatarkan suasana kampung dan dalam taman yang menghijau, lengkap dengan binaan air terjun, Kampung Daun memberi peluang kepada tetamunya untuk menikmati juadah dalam suasana jauh dari hiruk pikuk kota serta kesesakan di jalanan. Restoran yang dekorasinya sangat bergaya dan sangat open air ini terasa sejuk setiap saat, walaupun di siang hari. Tempat makan untuk pengunjung berupa saung (gubuk/pondok/gazebo yang beratapkan jerami). Saiz saung-saung yang dibina untuk makan mencukupi besarnya, sehingga kita boleh menikmati makanan  sambil bersantai duduk di lantai. Keadaan dan kawasan restorannya dipenuhi pepohonan, tumbuhan dan tanaman hijau yang menyejukan. Selain itu suasana Sundanya juga terlihat dari beberapa hiasan disekitarnya.

Saung–saung yang dibina berbeza saiznya sesuai dengan jumlah orang dan letak saung. Misalnya ada saung yang berkapasiti minima 2 orang sehinggalah yang terbesar mencapai 200 – 300 orang yang disebut Balai Agung (seperti sebuah pendopo). Letaknya saung pun berbeza-beza dan memiliki keunikan tersendiri dari tiap saungnya. Namun tempat yang popular ialah saung-saung yang berhampiran dengan air terjun.

Walaupun restoran ini agak terpencil, namun pengunjung pasti datang lagi ke restoran ini kerana juadah enak yang disediakan seperti itik goreng, itik bakar, sate ayam, sate kambing, gado-gado, sambal belut dan ikan nila goreng. Secara menu, Kampung Daun menyajikan menu-menu yang biasa ditemukan pada restoran tradisional. Yang membuat acara santap terasa istimewa adalah karena pemandangan dan suasana makan yang ditawarkan cukup istimewa. Kita boleh memilih saung-saung bergaya pedesaan yang tersebar di antara pepohonan rendang. Sebahagian saung menawarkan pemandangan langsung ke arah sungai yang mengalir jernih. Pada waktu malam tiba, jamung-jamung akan dinyalakan untuk menerangi jalan setapak yang terbuat dari batu alam. Sangat tradisional dan unik.

Restoran ini bukan sahaja memberikan suasana perkampungan yang tradisional bahkan kelihatannya sangat elegan. Misalnya, setiap saung dilengkapi dengan kentung. Jika kita hendak memanggil waiter, kita cukup memukul kentung. Makanan akan di hantar ke saung-saung dari tempat penyediaannya oleh pelayan. Saung-saung yang dibina diatur dengan jarak yang cukup dan bersesuaian dengan saung lainnya. Ini untuk memastikan kita cukup nyaman untuk bersantai sambil menikmati suasana. Ini membuatkan pengunjung betah berlama-lama dan mungkin enggan untuk kembali pulang.

Tidak hairanlah dengan keunikan yang dimiliki Restoran Kampung Daun, ia mendorong krew program Travelog AirAsia Jakarta-Bandung merakamkan keindahannya buat tatapan peminat program kembara ini.

'Kampung Daun Culture Gallery & Cafe, 'where culture and taste meet' inspired by the wisdom and hospitality which are specialty of Sundanese people who always take a good care of their highly values of art and cultures. The humility of Sundanese people welcomes yo to the place where you can relax and forget all the pressures. Surrounding by the amazing views in a cool highland and sound of the river arround the saung. It can stimulated your peace spirit, all at once enjoying fresh air which free from polution'.

Buat tatapan pengunjung bolg ini, di sini kami titipkan beberapa foto mengenai Resto Kampung Daun itu. Kalau masih tak puas hati, silalah berkunjung ke sana dan nikmati sendiri kelainan pengalaman semasa makan-makan...  
 

Pondok menerima pengunjung.
 
Pintu masuk gaya Sunda ke pondok makan.
 
Lorong menuju ke pondok makan.
 
Di penuhi tumbuh-tumbuhan segar menghijau.
 
Kawasan ini redup dan dingin sepanjang hari.
 
Kombinasi pelbagai pokok menghijau.
 
Pondok makan pilihan kami.
 
Tangga naik ke pondok makan yang lebih tinggi.
 
Boleh pilih pondok yang lebih privasi.
 
Lampu jamung dan lampu tergantung di lorong menuju ke pondok.
 
Pondok makan di celah-celah rimbunan pohon menghijau.
 
Jarak antara pondok yang membuatkan suasana lebih privasi.
 
Batu besar di belakang pondok. Ada aliran sungai yang jernih.

Deruan air mengalir pada batu yang merah.

Tangga naik ke pondok makan yang lebih besar.

Pondok sinki cuci tangan di tepi lorong.

Batu-batu gunung disusun di sepanjang lorong menuju ke pondok makan.

Air terjun membelah kawasan restoran dan mengalir di tepi-tepi pondok.

Air terjun di batu merah mengalir di bawah jambatan kayu.
 
Pokok betul-betul ditanam pada tanah bukan dalam polibeg.

Sinki cuci tangan juga di bawah pondok yang unik.
 
Tilam disediakan dipondok untuk keselesaan lesehan pengunjung.

Pondok mendaftar pengunjung di hadapan Balai Agung.

Jamung di sediakan di sepanjang lorong menuju ke pondok makan.
 
Lorong menuju ke Balai Agung, pondok makan yang paling besar.

Pondok penunjuk arah.
 
Tungku, kuali besar dan kayu api. Hanya buat display sahaja.

Boleh pilih pondok mengikut kehendak pengunjung.

Replika 'Santa Claus' terbang di atas air terjun.
Foto ini di ambil beberapa hari sebelum Hari Krismas 2012 yang lalu.
 
Pancuran air mini dibuat daripada buluh di tepi sebuah pondok makan.

Kami pilih menu ini. Menarik cara menghidangkannya.

Pondok kasir (cashier) tempat buat pembayaran selepas makan-makan.

Pondok tandas. Tandasnya amat bersih.
 
Pedati kereta kuda.

Pokok besar dikekalkan disamping menanam pokok-pokok baru yang lain.

Pondok rehat di kawasan lapang.

Selamat tinggal Resto Kampung Daun... 

No comments:

Post a Comment