Nak buat projek simen ferro? Projek-projek yang mudah, taklah susah sangat nak buat. Projek 'simple' seperti bangku dan meja senang sikit nak buat. Lainlah kalau nak buat projek air terjun, memanglah susah sikit dan memerlukan kemahiran yang tinggi. Masa yang diambil untuk membuat satu set meja dan lima bangku simen ferro termasuk membuat kemasannya sekali lebih kurang seminggu sahaja (bagi seseorang yang rajin dan nak bermain dengan simen).
Kalau nak cuba, tenunglah foto-foto ini. Insayallah boleh buat punya... Mula-mula buat yang mudah-mudah sahaja. Kalau dah boleh buat dan kemahiran pun dah meningkat, buatlah projek-projek yang lebih susah seperti kolam, jambatan, air terjun, bangku bersandar dan pondok. Barulah taman di sekeliling rumah nampak anggun dengan kos pembinaannya yang rendah. Bertambah bangga apabila ia dibuat sendiri.
OKlah. Inilah cara nak buat bangku simen ferro yang paling asas.
Membuat lakaran projek yang berkaitan. Seboleh-bolehnya apabila projek siap kelak, ia menyamai lakaran yang dibuat.
Menggunakan bahan yang sesuai seperti simen, keluli, pasir, air, jejaring dawai (BRC) dan dawai mata punai.
Menggunakan alat yang sesuai seperti perata simen, sudip, sekup, penapis, gunting besi, dan peralatan lain yang berkaitan.
Memotong bahan kerangka (BRC) menepati spesifikasinya iaitu mengikut lakaran. Elakkan pembaziran bahan. Kalau berniaga, rugilah nanti.
Untuk menambah kekuatan struktur, gunakan juga besi 'link' yang diikat bersama BRC.
Membentuk kerangka mengikut lakaran.
Mengikat kerangka dengan kemas. Ikat kerangka dengan dawai halus / lain-lain yang sesuai.
Kalau nak, balut kerangka tadi dengan dawai mata punai agar mortar mudah melekat ke kerangka semasa melepa.
Menyediakan bahan bancuhan mortar dengan nisbah yang betul: 2 bahagian pasir halus, 1 bahagian simen dan ½ bahagian air.
Membancuh mortar dengan sekata.
Lepa selapis simen pada bahagian luar kerangka.
Melepa mortar pada kerangka dengan betul dan ketebalannya sekata.
Biarkan keras.
Buat lepaan lapisan kedua. Ketebalannya lebih kurang 1 cm. Biarkan mengeras 2 hingga 3 jam.
Buat lorekan seperti kulit kayu. Lorekan ini dibuat sebelum mortar betul-betul keras. Kalau mortar dah keras, tak bolehlah nak dilorek. Ingat tu...
Lorek dengan apa? Alaaa... gunakan paku boleh, gunakan pemutar sekru boleh, gunakan test pen boleh, gunakan hujung sudip simen pun boleh... gunakanlah benda-benda yang tajam di hujungnya...
Buat lorekan dengan betul dan kreatif agar nampak lawa dan cantik...buatlah lorekan seperti kulit kayu...
Apabila dah dilorek, biarkan betul-betul kering.
Sebelum mengecat, bersihkan projek itu dari gerigis simen menggerutu dan habuk dengan menggunakan berus keluli.
Cat kulit kayu lapisan pertama dengan car berwarna hitam termasuk di celah-celah lorekan. Bahagian yang berupa potongan kayu tak payah dicat hitam, kan nanti nak disapu dengan cat warna kuning atau coklat muda...
Apabila lapisan pertama cat dah kering, bolehlah cat lapisan kedua dengan warna-warna yang menyerupai warna kulit kayu seperti warna coklat, kuning, putih, oren dan lain-lain warna yang sesuai.
Biarkan kering.
Kilatkan projek menggunakan pengilat. Barulah nampak cantik dan menarik... jom buat...
|
Memotong bahan kerangka. |
|
Membentuk dan mengikat kerangka. |
|
Bentuk kerangka projek yang dah siap... |
|
Melepa mortar ke kerangka lapisan pertama. |
|
Masing-masing khusuk dengan kerja melepa mortar pada kerangka. |
|
Lapisan pertama dah siap... |
|
Projek diterbalikkan. Lepaan lapisaan kedua pulak... |
|
Mengemaskan lepaan mortar di tepi projek. |
|
Sebelum lepaan mortar keras, buat lorek seperti batang kayu. |
|
Nak senang, gunakan paku untuk melorek... |
|
Haaaa... dah siap melorek... |
|
Beberapa projek yang dah siap di lorek... biarkan kering sepenuhnya... |
|
Keseluruhan tepi projek dicat hitam. Guna cat kilat... |
|
Dah siap mengecat lapisan pertama... cat hitam... |
|
Mengemaskan tepi projek dengan cat terpilih mengikut warna batang kayu. |
|
Tu dia... dah siap... amacam.. boleh buat kan... |
|
Projek dah siap... Wowww macam batang kayu asli... |
tq for your info
ReplyDeleteRasa teringin plk nk main dgn simen....:)
ReplyDeleteDok mna? Nk beli murah2 bg thu sya bru start amik tempahan meja semin ferro
Deleteass salam sebelum saya bersara dari jabatan kerajaan sya telah dihantar kursus membuat simen fero ni di jabatan pertanian sg.udang melaka, memang berbaloi setelah bersara ada sediket pengalaman untok menufaatkan masa untok membuat landskp dikawasan rumah.
ReplyDeleteSlm. Ada video x utk buat simen fero?
Deletesalam sejahtera. Apa ukuran standard bagi kerusi dan meja?
ReplyDeletecat jenama ape selalu digunakan untuk mewarna kerusi batu
ReplyDeleteTerima kasih kerana berkongsi maklumat. Sungguh bermanafaat
ReplyDeleteSaya mencari tukang mahir untuk membuat hiasan fero di halaman rumah
ReplyDeleteAssalamualaikum bossku.
ReplyDeleteKalau pengilat pasu bunga tu dia guna pengilat apa ?
Lapisan luar yg clear tu cat ape?
ReplyDeleteBuat batang kayu tanpa guna dawai brc boleh tak
ReplyDeleteBerapa harga kerusi sebatang pokok tembesu
ReplyDeleteSalam... Sy berminat boleh tau kt mana ada kursus buat ni. Ni wassap sy 01111934842
ReplyDeleteAda mana2 pusat kemahiran adakan kursus buat meja batu ni
ReplyDelete