Assalamu'alaikum dan salam sejahtera..........Selamat datang ke blog Mekarharum, Mata Pelajaran Vokasional Landskap dan Nurseri, SMK Telok Kerang, Pontian, Johor..........Indahkan kawasan tempat kediaman kita dengan landskap yang cantik dan menarik

Wednesday, March 2, 2011

PROJEK FERTIGASI ROCKMELON SMK TELOK KERANG KEMBALI LAGI: PELAJAR-PELAJAR MPV LANDSKAP MENYUMBANG TENAGA UNTUK MENJAYAKANNYA

Ahli-ahli Persatuan Landskap pada masa ini tengah sibuk membina tapak dan rumah pelindung hujan (RPH) bagi menjalankan semula projek fertigasi rockmelon sekolah. RPH tersebut dibina di sebuah tapak baru iaitu di sebelah padang sekolah setelah kawasan tapak lama akan didirikan bangunan MPV Landskap.

Projek fertigasi ini dibuat lebih kepada penggunaan pelajar-pelajar Sains Pertanian. Namun demikian sebagai pengayaan dalam p&p, pelajar-pelajar landskap melalui aktiviti dan kegiatan dalam persatuan, mereka juga berminat untuk menyertai projek ini. Biasalah nak makan buah freeeee....

Setakat hari ini RPH dan tapak telah siap. Ada beberapa kerja lagi yang harus dilaksanakan seperti sistem pengairan dan mengisi medium ke dalam polibeg. Mengikut rancangan kami, di bawah RPH nanti terdapat 450 polibeg. Banyak tuuu.... Doakan projek fertigasi rockmelon sekolah kami berjaya. Kami dah tak sabar nak makan buahnya yang manis dan sedappppp.








1 comment:

  1. salam..saya ada bekalkan baja cecair organik untuk tanaman fertigasi..maklumat lanjut boleh layari mdaarifent.blogspot.com
    lebih menjimatkan dan hasil yang lebih

    ReplyDelete