Friday, November 18, 2011

BUKU-BUKU UNTUK PEMINAT LAMAN DAPUR (EDIBLE GARDEN)

Reka bentuk landskap trend masa kini ialah yang berkonsepkan laman dapur (Edible Garden). Taman sebegini selain cantik, ianya boleh dimanfaatkan oleh pengguna taman sehingga ke kuali dan hasilnya dapat dinikmati oleh ahli keluarga.

Laman edibel menggunakan tanaman edibel seperti buah-buahan, sayur-sayuran, ulam-ulaman, rempah, bunga-bungaan edibel dan bukan edibel yang diadun menjadi satu taman yang berfungsi disamping mengekalkan nilai estetik. Laman edibel amat berpotensi sebagai salah satu penyelesaian kreatif untuk meningkatkan pengeluaran makanan dan juga boleh dibangunkan sebagai satu program yang dapat membina masyarakat lestari.

Laman edibel mempunyai nilai tambahan. Sayur-sayuran, ulam-ulaman dan buah-buahan yang dihasilkan dapat dinikmati dan boleh menjimatkan perbelanjaan dapur. Pertukaran dan perkongsian hasil tuaian dengan jiran tetangga dapat mengeratkan silaturrahim. Tambahan pula hasil tanaman yang ditanam dan dijaga sendiri adalah segar dan berkualiti serta bebas daripada racun perosak.

MARDI telah mengeluarkan dua buah buku khusus untuk peminat taman dapur iaitu Laman Edibel - Konsep dan Inovasi yang disunting oleh Zabedah Mahmood, Hanim Ahmad dan Abd Kahar Sandrang, dan Koleksi Spesies  Landskap Edible  Tanaman Makanan, Herba dan Hiasan.



Buku Laman edibel yang berwarna-warni ini dipersembahkan dengan kandungan yang amat berguna untuk peminat taman dapur. Di antara isi kandungannya ialah:
  1. Konsep Laman Edibel
  2. GreenKit
  3. Fertikit
  4. Sayur-sayuran Memanjat Di Pergola
  5. Laman Vertikal
  6. Rumah Teduhan Mini
  7. Reka Bentuk Laman Edibel
  8. Inovasi Pengurusan Laman Edibel



Buku ini mengetengahkan kompilasi pelbagai spesies tanaman landskap edibel dan menerangkan maklumat asas pelbagai jenis tanaman makanan, herba dan hiasan yang tumbuh di Malaysia. Semua foto adalah berwarna dan ditulis mengenai nama tempatan, nama saintifik, famili dan kegunaannya. Di antara spesies dalam buku ini ialah:
  1. Spesies edibel - Pandan wangi (Pandanus odorus), Tenggek burung (Euodia ridlevi), Kelor (Moringa oleifera), Pegaga (Centella asiatica) dan lain-lain.
  2. Spesies herba - Dukung anak (Phyllanthus major), Kaduk (Piper sarmentosum), Lempoyang (Zingiber aromaticum), Bidara (Ziziphus mauritiana) dan lain-lain.
  3. Spesies hiasan - Kemunting cina (Catharanthus roseus), Mengkudu siam (Pisonia alba), Kelumpang (Sterculia sp.), Senduduk putih (Melastoma alba), Bunga tasbih (Canna sp.) dan lain-lain.

1 comment: