- Terdapat berbagai jenis, saiz dan bentuk pasu yang boleh digunakan sebagai bekas penanaman.
- Tanaman disediakan samaada daripada polibeg atau pemasuan semula.
- Sediakan bahan dan peralatan seperti pasu, anak benih, sudip tangan, medium campuran dan tong penyiram. Pilih pasu yang sesuai dengan anak benih.
- Tutup lubang saliran dengan batu kecil atau serpihan pasu bagi tujuan pengaliran air dan pengudaraan. Jika pasu terlalu kecil gunakan jarring hijau untuk menutup lubang saliran pasu.
- Masukkan medium penanaman (7:3:2 atau 3:2:1) ke dalam pasu sehingga separuh penuh.
- Siram kotak semaian dahulu dan keluarkan anak pokok atau anak benih daripada kotak semaian atau polibeg dengan cermat.
- Masukkan anak benih dan letakkan anak benih di tengah-tengah pasu.
- Tambah medium campuran di sekeliling pokok sehingga 2 cm daripada permukaan pasu. Pastikan anak pokok tidak ditanam lebih dalam dari paras asalnya.
- Padatkan tanah di sekeliling anak pokok.
- Siram anak pokok sehingga medium cukup basah.
- Letakkan pasu di tempat teduh selama 4 hingga 10 hari bergantung kepada jenis tanaman dan keadaan pokok.
Tuesday, October 12, 2010
TEKNIK PENANAMAN DALAM PASU
Teknik Menanam Dalam Pasu
No comments:
Post a Comment