MPV LANDSKAP DAN NURSERI

Thursday, June 4, 2015

FLORIA DIRAJA PUTRAJAYA 2015

Festival Floria Diraja Putrajaya 2015 bermula hari ini sehingga 7 Jun bertemakan 'Alunan Pancarona' yang menggunakan bunga Lily sebagai bunga tema dengan himpunan 100 jenis bunga Lily serta 400,000 pokok dari pelbagai spesis yang lain.

Festival tahun ini diiktiraf oleh World Flower Council  International dengan anugerah 'Joyce White, World Flower Council International Award of Excellence ' yang diiringi hadiah wang tunai US$500 untuk peserta terpilih di Floral Pavilion.

Festival tahun ini mencatat rekod dengan penglibatan lebih 50 pereka bentuk taman dan penyusun bunga antarabangsa dari 28 negara antaranya Afrika Selatan, Australia, Denmark, Ecuador, Hong Kong, Korea, Belanda, Perancis, Sepanyol, United Kingdom dan Oman. Terdapat 50 lot komersial berkonsep Garden Bazaar dan 'hort mart', lebih 60 gerai jualan makanan dan minuman serta 83 lot hasil kraf dan seni.

Floria Diraja Putrajaya ini dibuka kepada lawatan umum mulai hari ini hingga 7 Jun dari 9 pagi hingga 10.30 malam pada Isnin hingga Khamis dan dari 9 pagi hingga 12  tengah malam pada Jumaat hingga Ahad.
 

Pada kami pabila berkunjung ke Floria Diraja Putrajaya 2015, adalah Taman Persahabatan China-Malaysia. Taman ini menjadi bualan dan tumpuan orang ramai di Putrajaya ekoran keunikannya. Berkonsepkan taman kekal di tapak Floria Diraja Putrajaya di Presint 4, Taman Persahabatan China-Malaysia seluas 0.24 hektar yang berci­rikan gaya Lingnam itu dibina sebagai tanda hubungan yang semakin kukuh antara kedua-dua negara. Dengan kos perbelanjaan sebanyak RM1.5 juta, pastinya keunikan dan kecantikan Taman Persahabatan China-Malaysia itu berjaya menarik ribuan pengunjung sepanjang berlangsungnya Floria Diraja Putrajaya 2015. Tinjauan Utusan Malaysia juga mendapati pengunjung Floria Diraja Putrajaya 2015 tidak putus-putus mengunjungi Taman Persahabatan China-Malaysia, malah mereka ju­ga tidak melepaskan peluang untuk merakamkan gambar kena­ngan di taman tersebut.

Bayaran tiket masuk ke Floria Diraja Putrajaya 2015 juga amat berpatutan dan bayaran itu berbaloi dengan keindahan bu­nga-bungaan yang dipamerkan, jadi tidak rugi bagi pengunjung menghabiskan masa terluang di situ.

Dalam pada itu, antara tarikan lain yang terdapat di Floria Diraja Putrajaya 2015 ialah Taman Lili, Taman Diraja, Taman Pereka Bentuk, Tea Party Garden, Taman Inovasi, Taman Kucing, Taman Kanak-kanak. Turut disediakan ialah Bazar Tanaman dan Pasar Hortikultur yang menjual segala keperluan perkebunan dan tumbuh-tumbuhan seperti pokok hiasan, pokok ulam-ulaman, pokok buah-buahan, pokok bunga berpasu, perabot taman, peralatan taman, produk bioteknologi dan perkhidmatan landskap.

Bertemakan 'Begonia-Pesona Warna' festival kali ini mempamerkan 400,000 pokok pelbagai spesies dan kultivar bunga-bungaan serta tanaman hiasan dari kawasan tropika dan subtropika termasuk lebih 60 dari spesies Begonia atau pokok asam batu.

Status diraja pada festival kali ini akan mengangkat imej festival dalam peta pesta bunga-bungaan dunia. Status ini setanding dengan sesetengah floria antarabangsa seperti Royal Chelsea Flower Show dan dengan status ini juga bermakna Yang di-Pertuan Agong akan berkenan merasmikannya setiap tahun.

Floria Diraja Putrajaya merupakan satu-satunya festival bunga dan taman di Malaysia yang menyediakan pakej pameran bunga serta pelbagai acara dan aktiviti.


































LN at 11:06 AM
Share

No comments:

Post a Comment

‹
›
Home
View web version

ABOUT ME

My photo
LN
View my complete profile
Powered by Blogger.