Wednesday, March 3, 2010

TAMAN DAPUR / EDIBLE GARDEN

Taman Dapur (Edible Garden) diberi nama. Taman ini boleh dibina di mana-mana waima di kawasan yang kecil. Dahulu biasanya ia dibina di bahagian belakang rumah tetapi sejak akhir-akhir ini ia diusahakan di hadapan rumah. Beberapa jenis tanaman sayur-sayuran boleh diusahakan seperti di antaranya termasuk terung, cili merah, cili padi, tomato, bendi, sawi, kailan, kucai, petola, bayam, kangkong, ulam raja, kunyit dan serai. Banyak perbelanjaan dapur dapat dijimatkan sekali gus membantu mengurangkan kos perbelanjaan dapur kerana bahan itu tidak perlu dibeli. Berbudi kepada tanah tidak rugi. Saranan kerajaan iaitu setiap keluarga memanfaatkan tanah kosong dengan tanaman sayur- sayuran di sekeliling rumah seharusnya disokong.



Saya berpendapat dengan menggantikan pokok bunga dengan sayur-sayuran adalah sesuatu yang baik kerana kita dapat melihat keunikan seni hiasan landskap. Setelah dikaji, saya rasa taman ini harus dipindahkan ke kawasan halaman rumah kerana ia bukan sahaja dapat membantu mengurangkan perbelanjaan untuk barangan dapur tetapi dapat membantu mencantikkan landskap halaman rumah. Usaha ini juga merupakan sebahagian daripada usaha menggalakkan kita untuk hidup aktif dengan mengerjakan tanah-tanah di sekeliling rumah. Ia juga salah satu daripada gaya landskap yang dapat memberikan pengalaman hebat kepada kita.


Taman dapur yang dipenuhi dengan tanaman sayuran ini mempunyai pelbagai kegunaan antaranya sebagai sumber makanan, mengekalkan ekosistem, menyejukkan suasana dan memberikan kesan visual yang menarik. Pembinaan taman ini boleh digabungkan dengan elemen semulajadi, elemen air dan susunan tanaman yang kreatif. Ia akan membentuk satu lanskap yang menarik di halaman rumah. Adalah lebih baik jika pembinaan taman ini merujuk kepada deria semulajadi manusia iaitu lihat, rasa, dengar, hidu dan sentuh kerana manusialah yang akan menanamnya, menjaganya, melihat, memetik dan memakannya. Taman dapur akan memberikan satu suasana dan pengalaman yang baru, indah dan unik terutamanya jika ia dibina di kawasan bandar, di kompleks-kompleks membeli-belah dan di hotel-hotel.


3 comments:

  1. salam... minta kebenaran ambil gambar utk asgmnt ye...

    ReplyDelete
  2. Mohon hubungi saya....utk dptkan khidmat nasihat dari tuan bg pertandingan edible landskap
    Cg. Rozaidi 0193060702

    ReplyDelete